Pengenalan
JABATAN PESAKIT LUAR
PENGENALAN
Jabatan Pesakit Luar Hospital Pulau Pinang menyediakan perkhidmatan perubatan dan kesihatan,mendiagnosa, membuat rujukan dan pemulihan yang berkesan bagi memastikan penyembuhan penyakitdengan cekap dan berkesan. Jabatan ini diketuai oleh seorang Pegawai Perubatan UD54 bermula daribulan September 2013 dan dibantu oleh 20 Pegawai Perubatan dan 55 anggota sokongan.
Perkhidmatan
PERKHIDMATAN UTAMA
- Pemeriksaan dan rawatan kepada pesakit am.
- Pemeriksaan perubatan am dan bakal haji.
- Pengendalian klinik-klinik khas seperti klinik kanak-kanak, Diabetes, Hipertensi dan PenjagaanKaki (foot care).
- Klinik Sejahtera untuk Anggota Hospital Pulau Pinang.
- Pemeriksaan penagih dadah.
PERKHIDMATAN BARU
- Klinik Asma, Tiroid, dan Epilepsi.
- Menjalankan ECG berpusat, iaitu semua pesakit luar termasuk pesakit dari klinik-klinik Pakar.
- Perkhidmatan penjagaan luka berpusat yang dijalankan oleh pasukan penjagaan luka JPL iaitu
- perkhidmatan ‘dressing’ dan ‘STO’ (suture to open) yang sebelumnya telah dirawat di jabatan
- Sudut pendidikan kesihatan untuk para pesakit dengan bantuan staf Pusat Sumber.
- Klinik Dietitik berpusat yang dijalankan oleh pegawai pemakanan untuk semua pesakit luar
- termasuk pesakit dari klinik-klinik Pakar.
- Klinik Warfarin juga dijalankan di Jabatan Pesakit Luar pada setiap hari Rabu yang dijalankan oleh para pegawai farmasi.
- Di Jabatan Pesakit Luar juga turut disediakan kaunter Lembaga Pelawat bagi kemudahan pesakit.
- Memulakan temujanji untuk pengambilan darah yang berpusat yang ditempatkan di Jabatan Pesakit Luar Hospital Pulau Pinang.