Pengenalan
UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT (UIT)
PENGENALAN
I. Unit Teknologi Maklumat (UIT) yang bertempat di Aras 3, Bangunan ACC Hospital Pulau Pinang bertindak sebagai pusat mengendalikan perkhidmatan ICT untuk Hospital Pulau Pinang (HPP), Hospital Bersalin dan Wad-Wad Jalan Perak.
II. Unit Teknologi Maklumat (UIT) terdiri dari tiga seksyen iaitu Seksyen Operasi & Teknikal (SOT), Seksyen Aplikasi & Multimedia (SAM) dan Seksyen Rangkaian & Keselamatan ICT (SRKI).
III. Semua Ketua Seksyen bertanggungjawab kepada Ketua Unit Teknologi Maklumat merangkap Ketua Seksyen Rangkaian & Keselamatan ICT.
IV. UIT ini mempunyai kekuatan anggota seramai lapan orang yang terdiri daripada tiga orang Pegawai Teknologi Maklumat F44, seorang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Tinggi FA38, seorang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Kanan FA32, dua orang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA29 dan dibantu oleh seorang Personel MySTEP. Selain itu terdapat juga pelajar Latihan Industri (LI) yang menjalani LI di UIT HPP mengikut tempoh yang telah ditetapkan oleh IPT masing-masing.
Perkhidmatan
PERKHIDMATAN UTAMA
I. Perkhidmatan Meja Bantuan ICT.
II. Perkhidmatan penyelenggaraan peralatan ICT.
III. Perkhidmatan penyelenggaraan rangkaian HPP.
IV. Perkhidmatan peminjaman peralatan ICT.
V. Penyelenggaraan Laman Web HPP.
VI. Pelaksanaan sistem aplikasi e-Kerajaan dan KKM.
VII. Pembangunan persembahan multimedia.
VIII. Pembangunan sistem aplikasi.
IX. Pengurusan emel rasmi KKM.
X. Perkhidmatan pemberian kursus dan latihan ICT kakitangan HPP.
XI. Penyediaan spesifikasi untuk perolehan perkhidmatan/ peralatan ICT.