Pengenalan
SEKSYEN KESELAMATAN
PENGENALAN
Seksyen Keselamatan merupakan salah satu komponen dalam Bahagian Pengurusan dan berdiri teguh di bawah wawasan untuk mewujudkan persekitaran yang selamat bagi menzahirkan pelanggaran keselamatan sifar. Ini selaras dengan objektif Hospital Pulau Pinang yang mementingkan kualiti perkhidmatan kawalan keselamatan sepanjang masa. Bagi mencapai hasrat tersebut, Seksyen Keselamatan diberi tanggungjawab sepenuhnya dalam aspek keselamatan perlindungan yang menumpukan kepada tiga (3) komponen utama iaitu Keselamatan Fizikal, Keselamatan Dokumen dan Keselamatan Personel demi menjamin kelangsungan perkhidmatan kepada kerajaan dan orang awam.
Perkhidmatan
PERKHIDMATAN UTAMA
Perkhidmatan yang disediakan oleh Seksyen Keselamatan Hospital Pulau Pinang adalah seperti berikut:
Keselamatan Fizikal
I. Menguruskan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Swasta;
II. Pengurusan Pas Pengenalan Jabatan dan Pas Keselamatan kepada semua kakitangan Hospital Pulau Pinang;
III. Menjalankan naziran/ inspektorat keselamatan fizikal, dokumen, personel dan ICT menurut Surat Pekeliling Am Sulit bilangan 1 Tahun 1993 (Meningkatkan Kualiti Keselamatan Perlindungan di Jabatan-Jabatan Kerajaan); dan
IV. Menguruskan Kad Akses Parkir dan Pelekat Kenderaan kepada kakitangan Hospital Pulau Pinang.
Keselamatan Dokumen dan Keselamatan Personel
I. Melaksanakan pelantikan Pegawai Pengelas Dokumen di bawah Seksyen 2B Akta Rahsia Rasmi 1972;
II. Menguruskan lantikan Pegawai Keselamatan Jabatan dan Pendaftar Rahsia sepertimana yang termaktub dalam Arahan Keselamatan;
III. Memastikan semua kakitangan yang terlibat dengan perkara terperingkat menjalani tapisan keselamatan;
IV. Menjalankan Latihan/Kursus Keselamatan Perlindungan serta latihan yang bersesuaian dengan kerjasama Jabatan/Agensi Kerajaan yang berkaitan.