Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Pulau Pinang diterajui oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi) yang bertanggungjawab kepada Pengarah Kesihatan Negeri dan Pengarah Kanan Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia di dalam perancangan, pelaksanaan dan pemantauan fungsi dan aktiviti farmasi dengan dibantu oleh Ketua-ketua Cawangan Pengurusan, Amalan & Perkembangan dan Penguatkuasaan Farmasi. Bilangan staf di bahagian perkhidmatan farmasi adalah sebanyak 89 orang .

 

Bahagian ini terletak di Aras 8, Bangunan Persekutuan, Jalan Anson, Pulau Pinang dan melaksanakan tiga aktiviti utama iaitu:

  
 

VISI

           "Menerajui pengurusan berkualiti ke atas ubat-ubatan melalui tenaga kerja yang berdaya saing dan teknologi bersesuaian dan perkongsian dengan semua pihak yang berkepentingan."            

MISI

"Memastikan ubat-ubatan berkualiti untuk negara."

OBJEKTIF

  "Memastikan semua keluaran farmaseutikal dan produk penjagaan kesihatan yang berada di pasaran adalah berkualiti, selamat , berkesan dan dikawal mengikut undang-undang yang berkaitan serta digunakan secara rasional."

 2024 CARTA ORGANISASI BPFPP portal