!--

-->
PENGENALAN
Program Kesihatan Awam di negeri Pulau Pinang telah bermula sejak negara Malaysia belum lagi mencapai kemerdekaan. Pada awal tahun 1950-an, bagi kawasan bandar aktiviti Perkhidmatan Kesihatan Awam adalah merupakan di bawah bidang kuasa Lembaga Pengurusan Kerajaan Tempatan manakala Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan Negeri bertanggungjawab ke atas kawasan di luar bandar.
Pada masa itu perkhidmatan lebih tertumpu kepada penjagaan kesihatan ibu dan anak, rawatan pesakit luar kepada penduduk luar bandar, kawalan penyakit berjangkit, kawalan sanitasi persekitaran, kawalan makanan, dadah dan racun (control of food, drugs and poison), pemeriksaan kesihatan estet, perkhidmatan kesihatan sekolah dan pendidikan kesihatan. Manakala anggota kerja pula terdiri dari Jururawat, Kesihatan Awam, Penolong Jururawat dan Pengawas Kesihatan Awam (Public Health Overseer).
Program Kesihatan Awam pada masa kini telah berkembang secara pesat dan telah memberi sumbangan yang besar dalam perkhidmatan kesihatan bukan sahaja di peringkat negeri Pulau Pinang malah kepada seluruh rakyat di negara ini. Bahagian ini diketuai oleh YBhg. Dr. Rozaini binti Mat Shah bermula 3 Mac 2025.
Bahagian Kesihatan Awam terdiri daripada:
1. Cawangan Pengurusan dan Perkembangan Kesihatan Awam
2. Cawangan Pembangunan Kesihatan Keluarga
3. Cawangan Kawalan Penyakit Berjangkit
4. Cawangan Penyakit Tibi/ Kusta
5. Cawangan HIV/ AIDS/ STI
6. Cawangan Kawalan Penyakit Bawaan Vektor
7. Cawangan Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit
8. Cawangan Entolomogi dan Pest
9. Cawangan Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar
10. Cawangan Inspektorat dan Perundangan
11. Cawangan Promosi Kesihatan Negeri
12. Cawangan Pemakanan
13. Cawangan Kawalselia Radiasi Perubatan
Pejabat Kesihatan Daerah di Negeri Pulau Pinang:
1. Pejabat Kesihatan Daerah Barat Daya
2. Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut
3. Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Utara
4. Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Tengah
5. Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Selatan
6. Pejabat Kesihatan Pelabuhan dan Lapangan Terbang
Struktur organisasi Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang adalah seperti berikut:
