Pengenalan
Pengenalan
Jabatan Perubatan Transfusi adalah sebahagian daripada direktorat perkhidmatan diagnostik Hospital Pulau Pinang. Jabatan ini diketuai oleh seorang Pakar Patologi. Kakitangan terdiri daripada Pakar Perubatan Transfusi , Pegawai Perubatan, Pegawai Sains, Juruteknologi Makmal Perubatan (JTMP), paramedik seperti Jururawat dan Penolong Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Penerangan, Pembantu Tadbir dan Pembantu Perawatan Kesihatan.
Visi
Jabatan Perubatan Transfusi akan berusaha untuk menyediakan bekalan dan produk darah yang selamat serta mencukupi untuk penjagaan pesakit.
Misi
Jabatan Perubatan Transfusi akan mengembeleng tenaga ke arah menyediakan perkhidmatan berkualiti kepada semua pelanggan dalaman dan luaran dengan penekanan kepada semangat profesionalisma, kerjasama berpasukan dan memupuk sifat penyayang dikalangan semua kategori anggota.
Perkhidmatan
Perkhidmatan
Perkhidmatan jabatan merangkumi:
- Perolehan darah
- Berfungsi sebagai pusat pemprosesan dan saringan darah untuk Negeri Pulau Pinang
- Membekalkan komponen darah / darah yang selamat dan berkualiti
- Melakukan ujian diagnostik untuk pesakit
- Memberi runding nasihat berhubungkait dengan bidang transfusi kepada disiplin klinikal
Lokasi
Lokasi
Jabatan Perubatan Transfusi terletak di tingkat bawah Blok B Hospital Pulau Pinang, bersebelahan dengan Jabatan Kecemasan. Terdapat 2 pintu masuk iaitu:
- 018 - Kaunter pendaftaran penderma
- 009B - Kaunter penerimaan sampel pesakit
Waktu Operasi
Waktu Operasi
Waktu Pejabat
HARI |
SHIFT |
|
Pagi |
Petang |
|
Isnin-Khamis |
8.00 am – 1.00 pm |
2.00 pm – 5.00 pm |
Jumaat |
8.00 am – 12.15 pm |
2.45 pm – 5.00 pm |
Kaunter penderma darah buka dari 7.30am sehingga 5.30pm pada hari berkerja.
Lepas Waktu Pejabat / Hari Cuti Umum
Makmal GXM Jabatan Perubatan Transfusi menyediakan perkhidmatan 24 jam sehari. Untuk memastikan tiada kelewatan bekalan darah bagi kes kecemasan sebenar, sampel tidak mendesak harus dihantar pada waktu pejabat.
Kaunter penderma darah buka dari 8.00am sehingga 1.00pm pada hari Sabtu pertama setiap bulan.
Untuk kempen derma darah yang dianjurkan di luar premis hospital melayari laman web: