Pengenalan
JABATAN PEMBEDAHAN KARDIOTORASIK
PENGENALAN
Jabatan Pembedahan Kardiotorasik, Hospital Pulau Pinang telah memulakan perkhidmatan pada tahun 1994. Jabatan ini merupakan pusat rujukan utama pertama di bawah naungan kerajaan persekutuan untuk melaksanakan program perubatan di bawah aktiviti perkhidmatan pembedahan kardiotorasik di Wilayah Utara Semenanjung Malaysia. Fungsi utama ialah memberi perkhidmatan pembedahan jantung dewasa, pembedahan jantung pediatrik dan pembedahan paru-paru (torasik).
Perkhidmatan
SKOP PERKHIDMATAN
Skop Perkhidmatan Pembedahan Kardiotorasik yang diberikan oleh jabatan ini adalah meliputi perkhidmatan-perkhidmatan seperti berikut :
- Perkhidmatan Pembedahan Jantung
- Perkhidmatan Pembedahan Jantung Pediatrik
- Perkhidmatan Pembedahan Torasik / Paru-paru
- Perkhidmatan Pesakit Dalaman
- Perkhidmatan Pesakit Luar
- Perkhidmatan Rawatan Rapi
- Perkhidmatan Kecemasan 24 Jam (Pembedahan Jantung dan Paru-paru)
Lokasi Perkhidmatan:
1. Klinik Pembedahan Kardiotorasik
2 Wad Pembedahan Jantung - Wad A1
3. Dewan Bedah Kardiotorasik - COT
4. Unit Rawatan Rapi Pembedahan Jantung - CICU
5. Unit Fisioterapi Kardiotorasik - Sebelum dan Selepas Pembedahan
6. Pusat Rujukan Jantung
Waktu Operasi
Masa Rawatan
HARI | WAKTU | KES |
ISNIN | 8.00pagi-5.00petang | Kes - Kes Baru |
SELASA | 8.00pagi-5.00petang | INR dan Pre Admission(Mesyuarat Jabatan/Continous Medical Education |
RABU | 8.00pagi-5.00petang | Post Op dan Ulangan |
KHAMIS | 8.00pagi-5.00petang | Kes - Kes Baru |
JUMAAT | 8.00pagi-5.00petang | INR,First Post Op Follow Up,SOCSO/Medical Board |