Pengenalan
JABATAN RADIOLOGI
Pengenalan
Hospital Pulau Pinang adalah pusat rujukan bagi hospital-hospital di Utara Semenanjung Malaysia. Jabatan ini menyediakan perkhidmatan pengimejan diagnostik yang berkualiti dengan dengan tujuan membantu pegawai-pegawai perubatan dan pakar-pakar dalam mendapatkan diagnosa dengan cepat dan tepat, bagi memastikan rawatan yang sempurna demi meningkatkan taraf kesihatan rakyat.
Perkhidmatan pengimejan diagnostik yang diberikan adalah selaras dengan lain-lain perkhidmatan klinikal bagi sistem perawatan dan perubatan pesakit. Pemberian perkhidmatan juga meliputi pelanggan daripada Hospital Seberang Jaya, Hospital Bukit Mertajam, Hospital Kepala Batas dan hospital-hospital di Wilayah Utara Semenanjung Malaysia.
Perkhidmatan
Perkhidmatan
i) Pemeriksaan-pemeriksaan radiografi am di jabatan termasuk pemeriksaan
radiografi mudah alih di wad / Dewan Bedah dan Jabatan Forensik.
ii) Pemeriksaan Radiografi Biasa di Jabatan Otopedik
iii) Pemeriksaan pengimejan khas seperti :
- Intra-venous Urografi
- Pemeriksaan Barium / Gastrogafin
- Orthopantomografi
- Pemeriksaan Pengimejan yang menggunakan kaedah fluoskopi seperti
sinografi, fistulografi venografi, sialografi dan sebagainya.
- Prosedur Radiologi 'Interventional' menggunakan modaliti seperti ultrasound, CT
Skan dan flouroskopi.
- Ultrasound / ultrasound Doppler
- Memografi termasuk prosedur Stereotatic Breast Localisation
- 'Magnetic Resonance Imaging'