1. Dimanakah mungkin saya boleh mendapat rawatan kepakaran 
Rawatan kepakaran boleh di Hospital Pulau Pinang , Hospital Seberang Jaya dan Hospital Bukit Mertajam.


2. Bagaimana caranya untuk mendapatkan rawatan kepakaran ? 
Anda perlu diperiksa oleh pegawai perubatan di klinik kesihatan terlebih dahulu sebelum dirujuk kepada doKtor pakar yang berkaitan .


3. Berapakah caj kemasukan @ cagaran hospital bagi warganegara dan bukan warganegara ? 
Bagi warganegara wang cagaran berbeza mengikut disiplin. RM 30 untuk kes Perubatan atau Pembedahan dan RM 15 bagi kes Sakit Puan. Manakala bagi bukan warganegara RM 1100 bagi kes Perubatan atau Pembedahan dan RM 800 bagi kes Sakit Puan.


4. Siapakah yang boleh mendapat pemotongan atau pengecualian bil hospital ? 
Bagi semua kes penyakit berjangkit : ianya adalah percuma bagi mereka berpendapatan bawah RM 300, pemegang kad bantuan Kebajikan masyarakat / MAIK,OKU, pelajar sekolah, kaki tangan kerajaan : pemotongan @ pengecualian boleh dipertimbangkan .


5. Apakah penyakit berjangkit yang dimasukkan ke wad dikecualikan dari bayaran? 
Ya, semua jenis penyakit berjangkit dikecualikan .


6. Apakah dokumen-dokumen yang perlu dibawa semasa mendapatkan rawatan atau kemasukan bagi tujuan pengecualian bayaran ? 
Kad Kebajikan Masyarakat, Kad Pencen, surat sekolah, surat pengesahan (GL) .


7. Berapakah kadar bayaran kereta jenazah ? 
Kadarnya 35 sen per kilo meter atau bagi jarak kurang 10 km kadarnya RM 10 sahaja.


8. Apakah yang dimaksudkan dengan kes-kes kecemasan bagi tujuan rawatan di Jabatan Kecemasan ? 
Kes-kes kecemasan termasuk kes kemalangan ( di jalan raya / di tempat kerja / domestik ) serangan lelah, serangan jantung, pengsan, digigit ular, kebakaran,sawan, pendarahan kemaluan, keracunan makanan, sakit perut secara tiba-tiba dan amat kuat .


9. Adakah bayaran dikenakan untuk mendapatkan laporan perubatan? 
Bayaran laporan oleh pegawai perubatan RM40 manakala bagi pakar perubatan RM 200 – RM 1000, tertakluk kepada masalah pesakit.


10. Adakah waris dibenarkan menunggu pesakit di dalam wad? 
Ya. Ibu/bapa/penjaga jika pesakit kanak-kanak, Manakala pesakit dewasa Cuma mereka yang tenat sahaja dan penjaganya mestilah sama jantina.


11. Adakah semua kematian yang melibatkan kes polis mesti dibedah siasat? 
Ya. Wajib untuk mengesahkan punca kematian.


12. Adakah cara untuk mengelakkan bedah siasat ? 
Boleh, hanya dengan perintah pembatalan bedah siasat dari Majistret.