Latar Belakang Bahagian Perubatan

Program Perubatan diperingkat negeri Pulau Pinang, diketuai oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan) yang telah dipertanggungjawabkan dalam semua aspek penyediaan perkhidmatan rawatan perubatan melalui 6 buah hospital. Bilangan staf di bahagian perubatan adalah sebanyak 44 orang.

 

Objektif

Merancang, menyelaras, mengawas dan menilai pelaksanaan Program Rawatan Perubatan yang meliputi perkhidmatan diagnostik, rawatan pemulihan dan promosi kesihatan yang bersesuaian untuk memastikan perkhidmatan yang lebih cekap, berkesan dan mudah diperolehi oleh pesakit.

 

Bahagian Perubatan terdiri daripada :

  1. Cawangan Perkembangan Perubatan
  2. Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan
  3. Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta
  4. Cawangan Perubatan Tradisional & Komplementari
  5. Unit Medikolegal
  6. Unit Rekod Perubatan
  7. Unit Penolong Pegawai Perubatan
  8. Unit Kejururawatan

 

HOSPITAL-HOSPITAL KKM DI NEGERI PULAU PINANG 

 

HOSPITAL PAKAR:

  1. Hospital Pulau Pinang
  2. Hospital Seberang Jaya
  3. Hospital Bukit Mertajam
  4. Hospital Kepala Batas

 

HOSPITAL BUKAN PAKAR:

  1. Hospital Balik Pulau
  2. Hospital Sungai Bakap