Pengenalan
JABATAN DIETETIK & SAJIAN
PENGENALAN
Jabatan Dietetik & Sajian merupakan salah satu jabatan sokongan yang membantu dalam perkhidmatan rawatan pesakit dalam dan pesakit luar. Lokasi lama jabatan terletak di tingkat empat, Blok C, Hospital Pulau Pinang dan telah dipindahkan ke lokasi sekarang pada 16 Mac 1999. Lokasi terkini, terletak bersebelahan dengan bangunan penjara dan merupakan bangunan 1 ½ tingkat dengan keluasan 2539.05 meter persegi. Ia disambungkan ke Blok CSB melalui tingkat satu hospital.
Jabatan ini menawarkan perkhidmatan Dietetik Klinikal dan Sajian. Perkhidmatan sajian makanan beroperasi di tingkat bawah bangunan manakala tingkat atas dikhaskan untuk urusan pentadbiran jabatan. Operasi perkhidmatan sajian makanan telah diswastakan sepenuhnya kepada kontraktor bumiputera. Sistem penghidangan berpusat dilaksanakan bagi mencapai kualiti dan kuantiti hidangan yang dikehendaki.
Perkhidmatan
PERKHIDMATAN UTAMA
Perkhidmatan Dietetik
- Memberi khidmat medical nutrition therapy dengan melaksanakan penilaian pemakanan, preskripsi diet teraputik atau merancang feeding regime untuk enteral nutrition dan parenteral nutrition bagi kes-kes yang dirujuk oleh pegawai perubatan bagi pesakit dalam dan pesakit luar.
- Memantau, menyelaras, menyeragamkan keperluan dan menjalankan evaluasi ke atas perlaksanaan Nutrition Care Process berdasarkan clinical practice guidelines dan clinical nutrition therapy guidelines selaras dengan praktik terkini.
- Memberi perkhidmatan diet kaunseling dalam Kelas Pendidikan Pesakit di bawah
Perkhidmatan Sajian
- Memantau perkhidmatan sajian makanan yang dikendalikan oleh pihak swasta yang menyediakan makanan normal dan teraputik kepada pesakit dalam wad, serta diet kepada doktor yang bertugas atas panggilan dan doktor serta anggota paramedik yang bertugas berterusan di Dewan Bedah.
- Membekalkan catuan makan malam kepada anggota hospital yang bertugas malam.
- Membekalkan susu formula bayi untuk bayi yang tidak diberi susu ibu atas sebab-sebab tertentu.