Aktiviti
AKTIVITI – AKTIVITI UNIT LAKTASI
- Kaunseling kepada ibu antenatal dan postnatal berkaitan dengan penyusuan susu ibu.
- Memberi tunjuk ajar kepada ibu- ibu yang mempunyai masalah berkaitan dengan masalah penyusuan. Seperti bengkak payudara (breast engorgement), luka putting, memberi tunjuk ajar tentang cara memegang bayi, cara- cara pelekapan dan mengajar ibu untuk memberi
“cup feeding”. - Memberi kaunseling dan tunjuk ajar untuk memulakan “Induced lactation” kepada ibu-ibu yang ingin menyusu anak angkatnya.
- Memberi kaunseling dan tunjuk ajar untuk memulakan “Relactation” kepada ibu-ibu yang ingin menyusu kembali anaknya.
- Bantu ibu- ibu yang berpisah dengan bayi untuk mengekalkan penyusuan dengan mengajar teknik memerah susu dan cara penyimpanan.
- Membantu ibu yang tiada susu atau kurang pengahasilan susu ibu, dengan melakukan urutan stimulasi, demahan suam dan menasihat untuk mengambil makanan yang meningkatkan pengahasilan susu.