Pengenalan
JABATAN FARMASI DAN BEKALAN
PENGENALAN
Jabatan Farmasi Hospital Pulau Pinang dipertanggungjawabkan memberi perkhidmatan farmasi kepada pesakit luar dan pesakit dalam, di samping juga memberikan perkhidmatan bantuan seperti bekalan Farmaseutikal, pengeluaran farmaseutikal kepada aktiviti perubatan dan aktiviti lain seperti kesihatan asas dan pergigian.
OBJEKTIF PROGRAM
- -Memberi perkhidmatan farmasi yang cekap dan berkesan kepada pesakit supaya dapat pemulihan yang maksima dan segera
- -Menentukan kualiti, efikasi, keselamatan dan nasionaliti dalam penggunaan ubat
- -Memastikan perkhidmatan bekalan yang kukuh, sempurna bagi memenuhi keperluan alat perubatan yang cukup dan harga yang minima
- -Meningkatkan tahap pengetahuan pesakit mengenai segala aspek ubat-ubatan yang diterima
Carta Ubat MedHist (Intranet)
Waktu Operasi
WAKTU OPERASI
Waktu operasi Jabatan Farmasi adalah seperti berikut:
Farmasi Klinik Pakar (008)
Isnin - Jumaat: 7.30 pagi - 5.00 petang
Hanya dua kaunter dibuka selepas waktu pejabat bagi Klinik selepas Waktu Pejabat (Locum), Unit Kecemasan dan kes-kes discaj.
Sila ambil bekalan susulan ubat pada waktu pejabat.
Farmasi Pesakit Luar (001)
i) Isnin-Khamis : 7.30 pagi - 12.45 petang dan 2.00 petang - 4.45 petang
ii) Jumaat : 7.30 pagi - 11.45 pagi dan 2.45 petang - 4.45 petang
Farmasi ACC
i) Isnin-Khamis : 8.00 pagi - 12.30 petang dan 2.00 petang - 4.30 petang
ii) Jumaat : 8.00 pagi - 12.00 tengahari
Farmasi Hospital Bersalin
i) Isnin : 9.00 pagi - 4.00 petang
ii) Selasa-Jumaat : 9.00 pagi - 1.00 petang dan 2.00 petang - 4.00 petang
iii) Jumaat : 9.00 pagi - 1.00 petang