MENGENAI KAMI |
JABATAN KESIHATAN NEGERI PULAU PINANG
|
Pejabat Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang adalah Ibu Pejabat kepada Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang manakala Jabatan Kesihatan Negeri adalah cawangan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi Negeri Pulau Pinang. Pejabat Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang yang dahulunya dipanggil sebagai 'Office Of Chief Medical And Health Officer' telah bermula kira-kira seratus tahun dahulu.
Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang ditubuhkan bagi pengurusan program kesihatan melalui perancangan yang strategik, pengurusan dan pengagihan sumber yang munasabah, perlaksanaan, pemantauan dan penilaian aktiviti-aktivitinya untuk memastikan perkhidmatan kesihatan dapat diberikan kepada masyarakat agar mencapai tahap kesihatan yang optimum sepanjang hayat.
Pejabat Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri mempunyai sebanyak 200 personel dan terbahagi kepada 6 bahagian utama seperti berikut;
-Bahagian Pengurusan - Beroperasi di Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Jln. Residensi, 10450 Georgetown, Pulau Pinang.
-Bahagian Kesihatan Awam - Beroperasi di Tingkat 37 KOMTAR.
-Bahagian Perubatan -Beroperasi di Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Jln. Residensi, 10450 Georgetown, Pulau Pinang.
-Bahagian Pergigian - Beroperasi di Tingkat 7 Bangunan Persekutuan, Jalan Anson.
-Bahagian Farmasi - Beroperasi di Tingkat 8 Bangunan Persekutuan, Jalan Anson.
-Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan - Beroperasi di Tingkat 38 KOMTAR.
|