Pengenalan
PEJABAT PENYELIA KEJURURAWATAN
PENGENALAN
Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan merupakan bahagian yang terbesar dalam organisasi Hospital Pulau Pinang. Diterajui oleh seorang Ketua Penyelia Jururawat U42 dengan jumlah 1,454 orang jururawat dibawah jagaannya. Ketua Penyelia Jururawat melakukan tugas penyeliaan yang menyeluruh terhadap penyeliaan Perkhidmatan Kejururawatan. Beliau juga bertanggungjawab menjaga Unit Pensterilan, Klinik Pakar dan Unit Kualiti.
Terdapat 8 orang Penyelia Jururawat U36 yang menjaga disiplin Perubatan, Pembedahan, Dewan Bedah, dan Dewan Bedah Kardiotorasik, Pediatrik, O&G dan Klinik.
Jururawat Klinikal U42 seramai 9 orang menjalankan tugas perawatan klinikal di wad-wad yang dipertanggungjawabkan mengikut senarai tugas yang ditetapkan.
Ketua Penyelia Jururawat U42 bersama Penyelia Jururawat U36 merancang, melaksanakan, menyelaras dan menilai amalan kejururawatan serta bertanggungjawab di dalam perlaksanaan tugas harian di bahagian klinikal.
OBJEKTIF
Objektif Perkhidmatan Kejururawatan adalah :-
- 1) Menyediakan Perkhidmatan Kejururawatan yang bermutu cekap, berkualiti, berkesan dan holistik melalui konsep perancangan, perlaksanaan dan pengekalan yang optima.
- 2) Meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman melalui kursus, latihan, bengkel, taklimat serta orientasi secara berterusan.
- 3) Menyelaras dan mengguna pakai sumber tenaga staf yang sediaada bagi meningkatkan perkhidmatan kejururawatan.
Perkhidmatan
PERKHIDMATAN UTAMA
1. Menyediakan Perkhidmatan Kejururawatan yang bermutu, cekap, berkualiti, berkesan dan holistik melalui perancangan, perlaksanaan dan pengekalan yang optima.
2. Meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan pengamalan melalui kursus, latihan, bengkel, taklimat serta orientasi secara berterusan.
3. Menyelaras dan mengguna pakai sumber tenaga staf yang sedia ada bagi meningkatkan perkhidmatan kejururawatan