Pengenalan
Unit Hal Ehwal Islam
PENGENALAN
Berperanan sebagai unit yang terbaik dalam menguruskan pendidikan dan bimbingan islam melalui program penerapan nilai Islam ke arah melahirkan anggota dan pesakit yang berpengetahuan, berpendidikan dan berakhlak mulia.
Perkhidmatan
PERKHIDMATAN UTAMA
1. Merancang, melaksana dan memantau pengurusan Unit Hal Ehwal Islam bagi memastikan program Hal Ehwal Islam dilaksanakan secara efisyen dan sistematik.
2. Merancang, melaksana dan memantau pelaksanaan Program Hospital Mesra Ibadah (HMI) bagi memudahkan pesakit, waris dan warga kerja hospital menunaikan ibadah.
3. Merancang dan melaksana program penerapan nilai-nilai murni di hospital bagi melahirkan modal insan yang berintegriti.
4. Merancang, menyelaras dan melaksana program penjagaan spiritual di hospital bagi memastikan perkhidmatan kesihatan yang disediakan adalah bersifat holistik merangkumi penjagaan kesihatan fizikal, mental, sosial dan spiritual pesakit meliputi perkara berikut:
a. Kaunseling Syarie (ilaj ruhi, ilaj tauhidi)
b. Ibadah Pesakit
c. Doa dan ruqyah
d. Bimbingan spiritual
5. Menyelaras dan memantau perkhidmatan pengurusan jenazah Islam supaya menepati.
6. Menyelaras fatwa dan hukum syarak berkaitan isu-isu perubatan ke arah perkhidmatan kesihatan yang memenuhi tuntutan syaria hukum syarak.
Hospital Mesra Ibadah
PENDAHULUAN
Hospital Mesra Ibadah (HMI) merupakan program di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merupakan satu konsep yang digunakan dalam pengurusan hospital untuk mencapai nilai-nilai kecemerlangan dan jati diri pada kakitangan hospital serta memfokuskan kepada kesejahteraan pelanggan melalui penerapan dan penghayatan ibadah semasa dan selepas mendapat rawatan.
Hospital Mesra Ibadah bertujuan untuk memberi kesedaran melalui pendidikan pesakit dan keluarga supaya sentiasa mendekatkan diri dengan Allah S.W.T. Program ini mula dilancarkan di Hospital Pulau Pinang pada tahun 2016.
“Maka bertakwalah kepada Allah dengan kadar kemampuan kamu”
(al-Taghabun:16)
Firman Allah S.W.T di atas membuktikan bahawa ibadah wajib dilakukan walaupun dalam keadaan sukar, contohnya semasa menerima rawatan. Walaupun begitu, ibadahnya dilonggarkan mengikut kemampuan seseorang itu.
Dalam konteks ini, kakitangan hospital khususnya perawat perubatan muslim perlu memikul tanggungjawab dalam memastikan pesakit muslim menerima bimbingan yang betul untuk melakukan ibadah dan amalan keagamaan. Maka, pengetahuan asas dalam panduan beribadah ini perlu diberi perhatian yang serius oleh setiap perawat perubatan muslim.
MISI
Menjadikan esok lebih baik dari hari ini.
VISI
Berusaha mengintegrasikan rawatan fizikal, psikiologi, mental dan rohani