Pengenalan
JABATAN PEMBEDAHAN AM
PENGENALAN
Jabatan Pembedahan Am Hospital Pulau Pinang merupakan pusat rawatan yang memberi perkhidmatan pembedahan dan sub-kepakaran kepada penduduk-penduduk di seluruh negeri Pulau Pinang serta sempadan negeri Perak dan Kedah. Ia juga adalah salah satu pusat rujukan untuk kes-kes pembedahan dari kawasan Utara Semenanjung Malaysia.
Perkhidmatan
PERKHIDMATAN UTAMA
Perkhidmatan yang disediakan ini dilaksanakan melalui aktiviti berikut:
Klinik Pembedahan Am
- Pesakit Luar- kes baru dan ulangan Bilik (006)
- Klinik-klinik sub-kepakaran
i. Payudara & Endokrin
ii. Hepatobiliari
iii. Kolorektal
iv. Upper Gastrointestinal
v. Pembedahan Kanak-kanak
vi. Pembedahan Vaskular
- Perkhidmatan Pembedahan:
i. Pembedahan Elektif
ii. Pembedahan Kecemasan
iii. Pembedahan Daycare
iv. Pembedahan Kecil
Perkhidmatan pesakit dalam pembedahan dijalankan di wad C9 (Lelaki), wad C10 (Lelaki), wad C11 (Perempuan),wad C2 (Kanak-kanak) dan HDA (Penjagaan rapi pembedahan).