BKKM

 

PENGENALAN

Makmal Keselamatan & Kualiti Makanan Pulau Pinang (MKKM PP) ditubuhkan pada tahun 1983. MKKM PP adalah sebuah makmal yang menjalankan perkhidmatan analisa Mikrobiologi dan Kimia. Ianya beroperasi dibawah pentadbiran Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang. MKKM PP menyediakan perkhidmatan analisis makanan kepada pejabat kesihatan daerah, pejabat kesihatan pelabuhan dan pejabat kesihatan lapangan terbang di negeri Pulau Pinang.

VISI

Menjadi sebuah makmal yang cemerlang dalam memberikan perkhidmatan analisis yang berkualiti bagi menyokong aktiviti di bawah keselamatan dan kualiti makanan

MISI

Menyediakan perkhidmatan analisis yang berkualiti, menepati masa dan mesra pelanggan dengan penggunaan sumber yang optimum dalam melaksanakan aktiviti di bawah keselamatan dan kualiti makanan

OBJEKTIF

Menyediakan perkhidmatan analisis mikrobiologi dan kimia terhadap pengawasan dan penguatkuasaan untuk melindungi orang ramai dari bahaya kesihatan daripada makanan dan penipuan di dalam penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan.

FUNGSI

  1. Memberi perkhidmatan analisis makanan mengikut keperluan semasa.
  2. Melaksanakan pembangunan kaedah analisis baharu mengikut
  3. Menyediakan latihan teknikal bagi memastikan kredibiliti dan kompetensi juruanalisis makanan di
  4. Melaksanakan sistem kualiti makmal bagi analisis
  5. Mengadakan kerjasama dengan lain-lain makmal makanan bagi perkongsian maklumat dan pengetahuan dalam analisis

PIAGAM PELANGGAN

  • Memberi perkhidmatan analisis mikrobiologi dan kimia makanan yang berkualiti dengan menekankan aspek kawalan mutu.
  • Memberi perkhidmatan mikrobiologi dan kimia makanan dengan tepat dan cekap
  • Keputusan analisis boleh diperolehi:
  • Analisa mikrobiologi 14 hari selepas terima sampel
  • Analisis kimia 30 hari selepas terima sampel
  • Sampel krisis dan keracunan akan diberi keutamaan bagi membolehkan keputusan dikeluarkan secepat mungkin
  • Jujur, amanah dan berintegriti dalam melaksanakan tugas

 

SENARAI ALAMAT MKKM SELURUH MALAYSIA