Pengenalan
UNIT KESIHATAN AWAM
PENGENALAN
Pada awal penubuhan tahun 2009, unit ini hanya dianggotai oleh seorang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U32 yang bertanggungjawab terus kepada Pengarah Hospital. Beliau bertanggungjawab merancang, menyelaras, memantau dan melaksanakan aktiviti-aktiviti di dalam kawasan Hospital dan premis-premis lain di bawah pentadbirannya. Namun pada tahun 2016, Surat Arahan bagi mewujudkan Unit Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) Di Semua Hospital Dan Institusi Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia bertarikh 11 Julai 2016 telah dikeluarkan. Sehubungan dengan itu, unit keselamatan persekitaran bergabung bersama unit keselamatan dan kesihatan pekerjaan (UKKP) dibawah payung Unit Kesihatan Awam (UKA). Kini, Unit Kesihatan Awam terdiri daripada Ketua Unit bersama-sama Pegawai Perubatan dan juga Pegawai Kesihatan Persekitaran dibawah seliaan Timbalan Pengarah Perubatan I.
VISI
Unit Kesihatan Awam menjadi pusat utama pengawalan terhadap keselamatan dan kesihatan pekerja disamping mengumpul data-data kejadian (Incident) berkaitan kesihatan dan keselamatan pekerja dan alam sekitar.
MISI
Mempertingkatkan tahap kesihatan, keselamatan pekerja dan alam sekitar disamping memberi pengetahuan berkaitan keselamatan, kesihatan dan alam sekitar yang tepat mengikut kualiti semasa.
OBJEKTIF
Objektif utama Unit Kesihatan Awam ialah untuk menguruskan, merancang, melaksana dan menilai aktiviti program dalam aspek-aspek perkhidmatan kesihatan awam di hospital terutama dalam aktiviti kawalan penyakit berjangkit, keselamatan dan kualiti makanan, kesihatan persekitaran dan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Adalah menjadi hasrat Unit Kesihatan Awam Hospital Pulau Pinang untuk mempastikan satu situasi kesihatan, keceriaan dan keselamatan kepada semua anggotanya dan orang-orang yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti Hospital Pulau Pinang agar sentiasa berada di dalam keadaan persekitaran kerja yang sihat dan selamat sebagaimana kehendak-kehendak perundangan dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.
Unit Kesihatan Awam akan berusaha bersama-sama pihak pengurusan dan anggota-anggota hospital untuk mencapai matlamat ini melalui kerjasama dan komitmen mereka:
- Membantu menyedia dan menyelenggara suatu tempat kerja dan sistem kerja yang selamat dan sihat.
- Untuk memastikan bahawa semua anggota-anggota hospital adalah diberi maklumat, latihan, arahan dan penyeliaan berkenaan cara untuk menjalankan tugas mereka dengan selamat tanpa risiko kepada kesihatan.
- Untuk menyiasat semua kejadian kemalangan, penyakit carakerja, keracunan dan kejadian berbahaya dan mengambil langkah-langkah untuk mempastikan kejadian-kejadian tersebut tidak berulang.
- Untuk mematuhi kehendak-kehendak perundangan mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan seperti yang ditetapkan dalam akta keselamatan dan kesihatan pekerjaan 1994, dan peraturan-peraturannya dan tata amalan yang diluluskan.
- Untuk menyediakan kemudahan-kemudahan kebajikan asas bagi semua pekerja dan pelanggan.
- Untuk mencegah dan mengawal kejadian jangkitan penyakit berjangkit termasuk penyakit nosokomial di hospital
Fungsi
PERANAN UTAMA UNIT KESIHATAN AWAM
1. Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan.
- Menjalankan pemantauan di tempat kerja dari segi keselamatan dan kebajikan anggota Hospital.
- Menyiasat insiden yang dilaporkan dan mencadangkan langkah-langkah penambahbaikan.
- Menjalankan pengauditan di tempat kerja.
- Menjalankan “risk assessment” di tempat kerja yang tertentu.
- Mengendalikan mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan.
- Menguruskan dan menjalankan aktiviti Program Minggu Keselamatan. Pemantauan saringan Tibi untuk anggota-anggota pra-penempatan.
- Pengesanan kontak di tempat kerja untuk anggota hospital yang dijangkiti penyakit Tibi.
2. Saringan Kesihatan Staf Hospital
- Menjalankan program saringan kesihatan melalui program Kospen Plus dan Kospen Wow (pekerja berumur 40 tahun keatas). Program ini dilakukan secara tahunan untuk mengenalpasti secara awal penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis dan darah tinggi dalam kalangan staf kesihatan.
- Menjalankan program TB screening dalam kalangan warga kerja Hospital.
- Melakukan saringan Dass Score untuk golongan tertumpu untuk mengenalpasti tahap kesihatan mental.
3. Kawalan penyakit Berjangkit.
- Merancang dan melaksanakan segala langkah pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit.
- Pemantauan trend penyakit berjangkit yang dirawat di hospital.
- Penguatkuasaan Akta Pencegahan Dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988.
- Menguruskan bilik gerakan semasa wabak.
4. Kawalan Penyakit Bawaan Vektor
- Memantau kerja-kerja PPM yang dijalankan oleh pihak Faber Medi-Serve Sdn.Bhd. dalam kawalan pembiakan jentik-jentik nyamuk Aedes.
- Menjalankan aktiviti “cari dan musnah” tempat yang berpotensi dijadikan tempat pembiakan jentik-jentik nyamuk Aedes.
- Merancang dan mengendalikan aktiviti di bawah Program Bebas Denggi Di Kemudahan Kesihatan.
5. Keselamatan Dan Kualiti Makanan.
- Menjalankan pemeriksaan premis makanan dalam kawasan di bawah pentadbiran Hospital Pulau Pinang.
- Menjalankan pensampelan makanan HACCP di dapur hospital.
- Penguatkuasaan Akta dan Peraturan-Peraturan Makanan.
6. Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004
- Menyelaras aktiviti penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 dengan Pejabat-Pejabat Kesihatan Daerah.
- Menjalankan pemantauan untuk menentukan kawasan hospital bebas dari merokok.
7. Promosi Kesihatan.
- Memberi ceramah kepada anggota Hospital Pulau Pinang sebagai penceramah jemputan.
- Mengedarkan racun pembunuh jentik-jentik “Abate 1.1%SG” kepada orang awam yang berkunjung kehospital.
Polisi Notifikasi Penyakit Berjangkit
1.1 HOSPITAL NOTIFICATION POLICY
The infectious disease policy of Hospital Pulau Pinang is parallel with Infectious Disease Act
1988 (Amendment 2020) (Act 342) and government policies as per Case Definitions For Infectious Disease in Malaysia by Disease Control Division of Ministry of Health Malaysia (3 rd Edition, January 2017)
2. INFECTIOUS DISEASES THAT MUST BE NOTIFIED UNDER CDC ACT
2.1 LIST OF DISEASES
NOTIFICATION SHOULD BE DONE WITHIN | DISEASES | WHEN SHOULD NOTIFY | FORM REQUIRED |
24 hours
|
Acute Flaccid Paralysis (AFP)/Polio | Suspected Case | Notification form + AFP case laboratory request form |
Cholera | Suspected Case | Notification form | |
COVID-19/ SARS COV 1 & 2 | Confirmed Case | Notification form | |
Dengue fever | Suspected Case* | Notification form | |
Diphteria | Suspected Case | Notification form | |
Ebola | Suspected Case | Notification form | |
Food poisoning | Confirmed Case | Notification form | |
Malaria | Suspected Case* | Notification form | |
Measles | Confirmed/Suspected Case | Notification form | |
MERS COV | Suspected Case | Notification form + MERS COV Form | |
Mumps | Suspected Case | Notification form | |
Plague | Suspected Case | Notification form | |
Rabies | Suspected Case | Notification form + Rabies form | |
Yellow fever | Suspected Case | Notification form | |
Zika | Suspected Case | Notification form + Zika form | |
7 days
|
Brucellosis | Suspected Case | Notification form |
Chancroid | Suspected Case | Notification form | |
Dysentry | Suspected Case | Notification form | |
Gonococcal | Confirmed Case | Notification form | |
HFMD | Suspected Case | Notification form | |
HIV/AIDS | Confirmed Case | Notification form + HIV/AIDS-97 form | |
Japanese Encephalitis | Suspected Case | Notification form | |
Leprosy | Confirmed Case | Notification form | |
Leptospirosis | Confirmed/Suspected Case | Notification form | |
Melioidosis | Confirmed Case | Notification form + Melioidosis form | |
Pertussis (Whooping cough) | Suspected Case | Notification form | |
Relapsing fever | Suspected Case | Notification form | |
Salmonellosis | Suspected Case | Notification form | |
Syphilis | Confirmed Case | Notification form | |
Tetanus | Suspected Case | Notification form | |
Typhoid/ Parathyroid | Confirmed/Suspected Case | Notification form | |
Typhus | Suspected Case | Notification form | |
Tuberculosis | Confirmed Case | Notification form + 10-A1 TBIS (Newly diagnosed TB) + 10-J TBIS (TB Death) | |
Rotavirus | Confirmed Case | Notification form | |
Viral hepatitis (A,B,C) | Confirmed Case | Notification form |
Definitions
Suspected Case | Should notify regardless sample is pending/ delayed OR ready |
Suspected Case* | Should have at least one positive laboratory result via any rapid test (NS1/IGM/IGG), Combo, DVSS, Flavi, MRDT |
Confirmed Case | Should have at least ≥ one positive laboratory result indicate isolation of organism |
Reminders
➢ Please ensure samples are always taken before notify
➢ All information fill in the form should always be updated
➢ Must be filled correctly within given timeline and the form sent immediately
2.2 GUIDES FOR NOTIFICATION
NOTIFICATION SHOULD BE DONE WITHIN | DISEASES | Notification Form | Other Forms Required | Reference |
24 HOURS |
Dengue fever |
|
Sample (NS1 or IgM or IgG or Combo) DVSS/ Flavivirus if required | |
Measles IgM | REV2010 Form | Sample (IgM) | ||
Food poisoning | REV2010 Form | Stool Sample (if any) | ||
Malaria/ Diphteria/ Cholera/ Chikungunya/ Viral Encephalitis/ Japanese Encephalitis (JE) |
|
Sample |
||
Zika | REV2010 Form | Borang Siasatan Zika | Pengurusan Zika | |
Rabies | REV2010 Form | Borang Siasatan Rabies | Pengurusan Kes Gigitan Anjing | |
Avian Influenza | REV2010 Form | Borang Siasatan H7N9 | ||
MERS-COV | REV2010 Form | Samples Borang Siasatan H7N9 | ||
SARS-COV | REV2010 Form | Samples | ||
COVID-19 | REV2010 Form | Samples | ||
7 DAYS |
Pertussis | REV2010 Form | Samples | |
HIV/AIDS | REV2010 Form | Confirmatory sample lab Borang Siasatan HIV/AIDS-97 | ||
Melioidosis | REV2010 Form | Borang Siasatan Melioidosis | ||
Tuberculosis (New Case/ Recurrent/ Others) | REV2010 Form | File TB Buku Rawatan
|
||
Tuberculosis (Death) | REV2010 Form | Borang 10J TBIS | ||
Leptospirosis
|
REV2010 Form | Sample (IgM) For MAT Sample | ||
Rotavirus/ Dysentry | REV2010 Form | Stool Sample | ||
Tetanus/ Leprosy/ Typhoid/ Typhus/ Chancroid/ Gonorrhea | REV2010 Form | Sample |
Link for Borang Notifikasi Gigitan Haiwan Yang Membawa Penyakit Rabies
3.3 SYNDROMIC NOTIFICATION AND LABORATORY INVESTIGATION MANUAL
This is the latest manual (Download) from Communicable Disease Surveillance Section, Disease Control Division of MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA, 2nd Edition dated October 2004. This manual includes following content for reference.
- Introduction: syndromic approach
- Notification procedure
- Syndrome definition
- Algorithm for syndromic approach
- Collection and handling protocol for specific specimen
- Protocol for collection, storage, package and dispatch of specimen to IMR from patients with suspected unknown virus infection
Pelaporan Insiden Kalangan Staf
ISU | JENIS BORANG | MUAT TURUN BORANG |
---|---|---|
Kemalangan di Kalangan Pekerja | WEHU A1, A2 (JKKP 6) | Download |
Penyakit Pekerjaan & Keracunan Pesticid dan Kimia | WEHU D1, D2 (JKKP 7) | Download |
Penyakit Pendengaran Akibat Bunyi Bising | WEHU E1, E2 (JKKP 7) | Download |
Penyakit Paru-paru Pekerjaan | WEHU L1, L2 (JKKP 7) | Download |
Penyakit Kulit Pekerjaan | WEHU S1, S2 (JKKP 7) | Download |
Kekerasan di Tempat Kerja | VRF- UKKP Bil. 1/2017 | Download |
Kemalangan Needle stick | OHU SIS-1 OHU SIS-2A/2B | Download |