Pengenalan
JABATAN KERJA SOSIAL PERUBATAN
LATAR BELAKANG:
Jabatan ini ditubuhkan untuk memberi perkhidmatan kerja sosial perubatan dan membantu Hospital Pulau Pinang dalam pemberian rawatan yang komprehensif kepada pesakit.
OBJEKTIF:
Membantu menyelesaikan masalah dan pemulihan pesakit dalam aspek psiko-sosial agar mereka dapat kembali menjadi anggota masyarakat yang proaktif dan berdikari sesuai dengan batas keupayaan yang diakibatkan oleh penyakitnya.
PIAGAM PELANGGAN
Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan yang cepat dan adil mengikut tempoh-tempoh berikut:-
- - Pelanggan akan ditemubualselepas terima rujukan
Pesakit Dalam: 2 hari bertugas
Pesakit Luar: Tarikh janji temu
Pelanggan akan diberi intervensi sosial dalam masa 10 hari bertugas. Sekiranya perlu, masalah pelanggan akan dirujuk kepada agensi yang berkaitan dalam masa 4 hari betugas. Perkhidmatan akan diberi berdasarkan kepada sumber-sumber yang sedia ada.
Perkhidmatan
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN:
A. Terapi Sokongan
Kaunseling |
Intervensi krisis |
Nasihat / Penerangan |
B. Bantuan Praktik
Perancangan keluar wad |
Mendapatkan bantuan kewangan bagi pembelian ubat dan peralatan perubatan |
Membantu menguruskan penempatan ke institusi kebajikankerajaan dan bukan kerajaan |
Menjalankan siasatan dan menyediakan laporan sosial / sosio-ekonomi pesakit |