JABATAN NEUROLOGI
Pengenalan
PENGENALAN
Jabatan Neurologi Hospital Pulau Pinang merupakan salah satu pusat rujukan untuk kes-kes neurologi dan ujian neurofisiologi, terutamanya bagi negeri-negeri di Wilayah Utara Semenanjung Malaysia.
Jabatan ini telah diasaskan oleh Dr Samuel Easaw sejak Mei 1988 sekembalinya beliau dari United Kingdom. Kes-kes yang dirujuk ke Jabatan Neurologi adalah seperti Epilepsy, Syncope, Dizziness, Headache, Dementia, Stroke, Parkinson, Movement Disorder, Neuromuscular Disorder dan Sleep Disorders.
VISI
Unit Neurologi Akan wujud sebagai sebuah pusat perkhidmatan dan rujukan yang bertaraf tinggi merangkumi aspek perubatan dan pembelajaran di Wilayah Utara Semenanjung Malaysia.
MISI
Memastikan pelanggan, keluarga dan komuniti menerima perkhidmatan yang optimum dan berkualiti tinggi dari kemudahan teknologi terkini sebagai usaha meningkatkan taraf kesihatan pelanggan. Unit berazam akan memberikan mutu perkhidmatan yang cekap, selamat dan prihatin.
Waktu Rawatan
Waktu Rawatan Klinik Neurologi
Hari | Kes baru | Kes Ulangan |
Isnin | 08.00pg-01.00tgh | |
Selasa | 02.00ptg-05.00ptg | |
Rabu | 08.00pg-01.00tgh | 02.00ptg-05.00ptg |
Waktu Ujian Makmal Neurofisiologi
Hari | EEG | NCS/EMG | EP,s |
Isnin | 08.00pg-05.00ptg | 08.00pg-05.00ptg | |
Selasa | 08.00pg-05.00ptg | 08.00pg0-5.00ptg | |
Rabu | 08.00pg-05.00ptg | 08.00pg-05.00ptg(kesPaed) | |
Khamis | 08.00pg-05.00ptg | 08.00pg-05.00ptg | |
Jumaat | 08.00pg-05.00ptg |