Header Portal PuanMahes

PENGENALAN

Bahagian Pengurusan bertanggungjawab untuk memantau aktiviti sokongan pengurusan di semua Hospital, Pejabat Kesihatan Daerah dan Pejabat Pergigian Daerah. Dengan mengambil kira faktor di atas, bidang program pengurusan dierluaskan dari tahun ke tahun untuk menampung dan menyokong aktiviti kesihatan yang kian berkembang dalam memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat Pulau Pinang.

Bahagian Pengurusan bertanggungjawab mewujudkan satu sistem pengurusan kualiti yang berkesan dan cekap terhadap pencapaian yang memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat melalui penambahbaikan yang berterusan. Usaha pencapaian ke arah penambahbaikan kualiti menjadi teras kepada strategi organisasi, memastikan adanya sumber yang mencukupi untuk keperluan polisi dan objektif Jabatan.

Cawangan-cawangan di bawah Bahagian Pengurusan adalah seperti berikut :-

  1. Cawangan Khidmat Pengurusan
  2. Cawangan Sumber Manusia
  3. Cawangan Pembangunan
  4. Cawangan Kewangan
  5. Cawangan Teknologi Maklumat
  6. Cawangan Psikologi & Kaunseling

 

 Paparan Carta Organisasi Bahagian Pengurusan