Pengenalan
UNIT PEMULIHAN CARAKERJA
PENGENALAN
Unit Pemulihan Carakerja terletak di tingkat bawah Blok A, No. Lokasi AG01. Unit ini memberi perkhidmatan pemulihan carakerja kepada pesakit-pesakit dalam wad dan pesakit luar dari klinik pakar dan Jabatan Pesakit Luar Hospital Pulau Pinang. Unit ini juga menerima kes rujukan dari Pusat Kesihatan, hospital kerajaan yang berdekatan dan hospital/ agensi swasta yang berkaitan. Perkhidmatan rawatan Pemulihan Carakerja diberi kepada individu-individu yang mengalami masalah-masalah seperti berikut:
- Ketidakupayaan dari segi fizikal, mental dan psikososial akibat dari penyakit, trauma, proses penuaan dan sebagainya di mana menjejaskan tahap kefungsian keberdikarian dalam aktiviti kehidupan seharian (ADL), kerja, sosial dan riadah.
- Kanak-kanak yang mengalami kelewatan perkembangan motor, kognitif, personal, sosial dan tingkahlaku akibat dari kondisi congenital, kecederaan kelahiran, trauma atau penyakit.
Fungsi utama Pemulihan Carakerja ialah memberi rawatan pemulihan untuk membantu pelanggan mencapai tahap kefungsian yang optima serta meningkatkan gaya hidup yang berkualiti. Pemulihan carakerja memastikan pelanggan berdikari secara optima dalam aktiviti kehidupan seharian (ADL), kerja, social dan riadah; mencegah kecacatan/ deformity melalui intervensi awal; memberi pendidikan pengurusan pemulihan di rumah kepada pelanggan dan keluarga.
Unit Pemulihan CaraKerja juga memainkan peranan dan fungsi sebagai tempat latihan klinikal untuk pelatih Pegawai Pemulihan Perubatan (carakerja), Jurupulih Perubatan (carakerja) dari institusi pengajian tinggi, KKM dan Swasta.
Unit ini juga merupakan pusat rujukan perkhidmatan pemulihan jantung untuk Pegawai /Jurupulih Carakerja dari hospital–hospital KKM. Unit ini diketuai oleh seorang Pegawai Pemulihan Perubatan (Carakerja), dengan jumlah anggota seramai 35 orang (termasuk Pegawai Pemulihan Perubatan (Carakerja), Jurupulih Perubatan (carakerja), pembantu perawatan kesihatan dan seorang pembantu tadbir).
Perkhidmatan
PERKHIDMATAN UTAMA
- Perkhidmatan Pemulihan Carakerja untuk pesakit dalam
- Perkhidmatan Pemulihan Carakerja untuk pesakit luar
- Perkhidmatan Pemulihan Carakerja untuk pesakit di klinik pakar
- Perkhidmatan Pemulihan Carakerja di komuniti
BIDANG PEMULIHAN UTAMA:
- Pesakit Kurang/Hilang Upaya Fizikal
- Kanak-kanak Istimewa
- Pesakit Psikiatrik dan gangguan kesihatan mental