Pengenalan
JABATAN PEMBEDAHAN MULUT
PENGENALAN
Jabatan Bedah Mulut menjadi pusat rujukan kawasan utara semenanjung Malaysia bagi mendiagnosa dan mengurus semua jenis kategori penyakit yang berkaitan dengan kepakaran pergigian, mulut dan maksilofasial. Jabatan Bedah Mulut menyediakan bahagian perkhidmatan iaitu perkhidmatan Pesakit Luar dan Pesakit Dalam. Jabatan ini diketuai oleh seorang pakar 6 orang Pegawai Pergigian, seorang Ketua Jururawat Pergigian, seorang Juruteknologi Pergigian, seorang Pembantu Tadbir, 9 orang Pembantu Pembedahan Pergigian dan 3 orang Pembantu Perawatan Pergigian dengan jumlah keseluruhan anggota seramai 21 orang.
Perkhidmatan
PERKHIDMATAN UTAMA
- Pusat rujukan kepakaran tertiari dan kes ulangan dari luar jabatan/hospital serta kes dari unit-unit kepakaran lain, klinik kesihatan, hospital/klinik swasta di dalam dan luar negeri Pulau Pinang.
- Memberi perkhidmatan rawatan kepakaran dalaman serta prosedur perubatan dan pembedahan oral dan maksilofasial bagi memastikan pesakit berada dalam keadaan stabil bagi mengurangkan komplikasi dan mortaliti.
- Memberi Perkhidmatan pendidikan kesihatan kepada pesakit dan orang awam khususnya untuk program pergigian dan pembedahan mulut.
- Memberi perkhidmatan kaunseling kepada pesakit dan keluarga.