Pengenalan
JABATAN PERGIGIAN PEDIATRIK
PENGENALAN
Jabatan Pergigian Pediatrik, Hospital Pulau Pinang mula diwujudkan pada tahun 1995. Ia merupakan salah satu jabatan di bawah direktorat perkhidmatan pembedahan. Objektif jabatan ini adalah memberi perkhidmatan pergigian yang menyeluruh dan komprehensif dengan cekap dan berkesan kepada pesakit kanak-kanak yang berumur 16 tahun ke bawah, terutamanya kanak-kanak berkeperluan khas (special needs children) merangkumi perkhidmatan promotif, preventif, kuratif dan rehabilitasi untuk membaikpulih dari aspek fungsi dan estetik serta peningkatan kualiti hidup melalui konsep ‘orally fit’. Jabatan ini diketuai oleh seorang pakar pergigian pediatrik dengan jumlah keseluruhan anggota seramai 17 orang.
Perkhidmatan
PERKHIDMATAN UTAMA
Jabatan ini menjadi pusat rujukan kepakaran tertiari dan kes ulangan dari unit-unit kepakaran lain serta luar hospital iaitu klinik atau hospital kerajaan / swasta dari seluruh negeri Pulau Pinang. Rujukan juga diterima dari sempadan negeri Perak dan Kedah.
Skop perkhidmatan jabatan ini merangkumi:
- Rawatan pesakit luar
- Rawatan pesakit dalam
- Diagnostik dan rancangan rawatan
- Teknik pengurusan kelakuan
- Rawatan pergigian am (restoratif, cabutan, dentur)
- Teknik pencegahan klinikal (diet kaunseling, arahan higin mulut, aplikasi topikal florida profilaksis)
- Rawatan pergigian advance (korona, veneer, jambatan)
- Rawatan pergigian extensive dan rumit
- Pengurusan infeksi orofasial
- Rawatan sedasi
- Rawatan pergigian komprehensif di bawah anastesia umum
- Terapi pulpa gigi desidus dan kekal (pulpotomi, pulpektomi, apexogenesis, apexifikasi, rawatan kanal akar)
- Rehabilitasi oral
- Pembedahan mulut pediatrik
- Patologi dan perubatan oral pediatrik
- Pengurusan trauma pergigian dan orofasial
- Pengurusan anomali dento-facial
- Interseptif ortodontik