Pengenalan
JABATAN REKOD PERUBATAN
PENGENALAN
Jabatan Rekod Perubatan berfungsi sebagai pusat penyimpanan rekod perubatan pesakit dengan keadaan baik dan sentiasa dikawal kerahsiaannya. Jabatan ini memainkan peranan penting di dalam institusi kesihatan sebagai pusat maklumat dan informasi bagi tujuan pembangunan dan pengurusan pesakit di hospital ini khasnya dan Kementerian Kesihatan Malaysia amnya. Ia juga memberi perkhidmatan penyediaan laporan perubatan dan statistik hospital dengan tepat dan berkesan. Jabatan ini terletak di tingkat 3, Blok ACC, Hospital Pulau Pinang. Jabatan ini berperanan untuk menyimpan rekod perubatan, kad kecemasan dan filem x-ray pesakit (bagi tempoh 3 tahun pertama). Selain itu, 3 buah kontena digunakan sebagai secondary storage record untuk simpanan selama 7 tahun bagi rekod yang kurang aktif kecuali bagi kanak – kanak dan kes bersalin disimpan selama 21 tahun. Rekod perubatan pesakit kes Obstetrik pula disimpan di Unit Rekod Hospital Bersalin Pulau Pinang.
VISI
Untuk menjadi Jabatan Rekod Perubatan satu pusat pengumpulan dan pengeluaran data-data perangkaan yang lengkap dan tepat untuk rujukan Hospital dan Kementerian
MISI
-Memastikan setiap pelanggan dilayan dengan mesra
-Memastikan setiap lapuran disediakan mengikut masa yang ditetapkan
OBJEKTIF
1) 1) Memberi perkhidmatan penyimpanan rekod perubatan pesakit , penyediaan laporan perubatan dan statistik hospital. (Sistem Maklumat Pengurusan Kesihatan Health Management Information System (HMIS)).
2) 2) Memberi perkhidmatan kepada pesakit semasa dan selepas mendapat rawatan.
3) 3) Memberi kemudaham kepada doktor, pakar dan paramedik semasa memberi rawatan kepada pesakit untuk membuat kajian (Research) dan Pembelajaran (study).
4) 4) Mengumpul data-data statistik untuk kegunaan pihak pengurusan hospital, kementerian dan menyediakan laporan bulanan dan tahunan.
Perkhidmatan
PERKHIDMATAN UTAMA
Bahagian Pengurusan Rekod Perubatan Pesakit
Menerima, menyimpan dan mengeluarkan rekod pesakit dan filem X-Ray. Melupuskan rekod – rekod pesakit yang telah tamat tempoh simpanan selaras dengan peraturan yang ditetapkan Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia.
Bahagian Laporan Perubatan
Menyediakan Laporan Perubatan biasa, Laporan Post-Mortem, Laporan Perubatan Pakar, Jemaah Perkeso, Jemaah KWSP, Lembaga Perubatan dan sebagainya
Bahagian Perangkaan Hospital (Statistik)
Menyediakan Laporan Harian, Mingguan, Bulanan dan Tahunan
HMIS, CDCIS dan sebagainya.
SMRP Web Base
Rawatan Harian
Casemix