Pengenalan
UNIT PSIKOLOGI & KAUNSELING
LATAR BELAKANG
Unit Psikologi Kaunseling telah diwujudkan di bawah Direktorat Sokongan Klinikal pada tahun 2002. Namun, pada bulan Jun 2010, unit ini telah diletakkan di bawah Bahagian Pengurusan Hospital. Tujuan unit ini ditubuhkan adalah untuk memberi perkhidmatan psikologi dan kaunseling yang profesional dan menyeluruh berdasarkan prinsip-prinsip psikologi dalam mencegah, merawat dan memulih kehidupan pelanggan agar lebih sejahtera disamping memastikan perkhidmatan yang diberikan memenuhi hasrat semua pelanggan. Pelanggan unit ini termasuklah pesakit, keluarga pesakit serta warga kerja Hospital Pulau Pinang.
Perkhidmatan
PERKHIDMATAN UTAMA
- <li">Menjalankan aktiviti kaunseling sama ada secara individu atau kelompok dan runding cara kepada pesakit, keluarga dan anggota hospital.
- Mengendalikan ujian-ujian psikometrik kepada klien dan anggota hospital berdasarkan keperluan.
- Antaranya termasuklah Ujian Penilaian Stres, Profil Personaliti TAJMA, Inventori Personaliti Sidek dan pelbagai ujian yang berkaitan.
- Menganjurkan bengkel dan kursus untuk anggota hospital serta memenuhi jemputan-jemputan ceramah yang berkenaan intervensi psikososial.
- Menyelia pelatih-pelatih kaunseling dan psikologi ketika latihan industri.
- Menjalankan aktiviti promosi untuk Perkhidmatan Psikologi Kaunseling di Hospital Pulau Pinang.