Pengenalan
JABATAN PEMBEDAHAN NEURO
PENGENALAN
Jabatan ini ditubuhkan pada 15hb April 1995 dan terletak di Klinik 107, Tingkat 1, Blok Perkhidmatan Pusat, Hospital Pulau Pinang. Ia diketuai oleh seorang Pakar Perunding Bedah Neurosurgeri Gred Khas C, Dr. (Mr.) Nasser Bin Abdul Wahab dan dibantu oleh 2 Orang Pakar Neurosurgeri serta 90 anggota lain. Lokasi wad adalah di Blok A Tingkat 2 yang menempatkan Wad Neurosurgeri, Neuro HDA dan Neuro ICU
Perkhidmatan
PERKHIDMATAN UTAMA
Perkhidmatan Perawatan Klinik Neurosurgeri
Menjadikan pusat rujukan kepakaran tertiari dan kes ulangan daripada Hospital di kawasan utara semenanjung, hospital serta klinik swasta di dalam dan luar negeri Pulau Pinang.
A. Kes – kes yang Ulangan
• Dijalankan setiap hari Selasa dan Khamis bermula dari jam 9 pagi sehingga 1.00 tengahari.
• Kes-kes Trauma dan MVA turut dijalankan pada Setiap hari Isnin dan Rabu bermula dari Jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari
• Memberi rawatan dan penjagaan kepada pesakit baru dan ulangan yang telah dirawat di Hospital Pulau Pinang sebelum ini. Semua rawatan ulangan dibincang bersama Pakar Bedah Neurosurgeri.
• Ini merangkumi kes-kes ketumbuhan otak, kecederaan otak, ‘VP shunt’, masalah tulang belakang dan saraf, kemalangan serta kes-kes vaskular antara yang lain
B. Kes – kes Baru
• Semua kes-kes baru juga diperiksa pada hari Selasa dan Khamis (bersama kes-kes ulangan). Semua kes melibatkan konsultasi dari Pakar yang bertugas setelah diperiksa oleh Pegawai Perubatan.
• Kes-kes rujukan dari lain-lain hospital atau jabatan lain juga akan diperiksa di klinik dan dimasukkan ke wad sekiranya perlu.
C. Pembedahan
Bilangan kes pembedahan kecemasan jauh mendahului pembedahan elektif akibat dari peningkatan jumlah kemalangan seharian. Kes-kes elektif yang besar tetap dilakukan tetapi hanya satu atau dua kes besar sahaja dapat dijalankan pada hari pembedahan elektif. Ini adalah kerana setiap pembedahan memakan masa yang lama dan memerlukan penggunaan mikroskop, peralatan pembedahan canggih, peralatan endoskopi dan lain-lain peralatan pembedahan untuk memberi hasil pembedahan yang lebih memuaskan. Kes-kes elektif kebanyakannya dijalankan oleh Pakar Bedah.
Kes-kes pembedahan kecemasan kebanyakan melibatkan kes kecederaan otak dan pembedahan seterusnya untuk pesakit-pesakit ini seperti pembedahan trakeostomi, “wound debridement” dan sebagainya. Kes-kes kecemasan kebanyakan dijalankan oleh Pegawai Perubatan di bawah pemerhatian Pakar Bedah.