Pengenalan
SEKSYEN PEROLEHAN DAN ASET
PENGENALAN
• Seksyen Perolehan dan Aset adalah salah satu daripada enam (6) Seksyen dalam Bahagian Pengurusan, Hospital Pulau Pinang (HPP) yang bertanggungjawab untuk memantau pengurusan Perolehan, Aset Alih Kerajaan dan Stor di semua Jabatan/Seksyen/Unit/Wad.
• Seksyen Perolehan dan Aset telah diwujudkan pada 1 Disember 2014 dengan menggabungkan Seksyen Perolehan dan Seksyen Pengurusan Aset di bawah satu Seksyen. Justeru, kedua-dua Seksyen yang telah digabungkan tersebut kini menjadi Unit Perolehan dan Unit Pengurusan Aset.
• Objektif Seksyen ini adalah untuk memastikan pengurusan Perolehan, Aset Alih Kerajaan dan Stor di semua Jabatan/Seksyen/Unit/Wad dilaksanakan dengan efisyen, efektif dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dalam 1 Pekeliling Perbendaharaan (1PP), Arahan Perbendaharaan dan Surat Pekeliling Perbendaharaan yang berkuat kuasa.
• Seksyen ini diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah, Gred M48 dan dibantu oleh 12 orang anggota yang mana lima (5) orang anggota di Unit Perolehan dan tujuh (7) orang anggota di Unit Pengurusan Aset. Unit Perolehan diketuai oleh Penolong Pengarah, Gred M41 dan dibantu oleh empat (4) orang anggota yang terdiri daripada seorang Pembantu Tadbir Tinggi, Gred N26 (dipinjamkan kepada Hospital Kepala Batas), seorang Pembantu Tadbir Kanan, Gred N22 dan dua (2) orang Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi), Gred N17. Manakala, Unit Pengurusan Aset pula diketuai oleh Penolong Pengarah Kanan, Gred M44 dan dibantu oleh enam (6) orang anggota yang terdiri daripada seorang Penolong Pegawai Tadbir Kanan, Gred N32, seorang Pembantu Tadbir Kanan (Perkeranian/Operasi), Gred N22 dan empat (4) orang Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Gred N17.
Perkhidmatan
PERKHIDMATAN UTAMA
• Perkhidmatan utama yang dilaksanakan oleh Seksyen Perolehan dan Aset adalah seperti berikut:
- Pengurusan Perolehan
- Menguruskan proses sebutharga bagi perolehan bekalan (aset dan reagen), perkhidmatan dan kerja;
- Melaksanakan proses sebutharga melalui sistem e-Perolehan dan e-Bidding; dan
- Menyediakan dokumen perjanjian/ kontrak dan mengunci masuk ke dalam Sistem Modul Kontrak e-Perolehan.
- Pengurusan Aset Alih Kerajaan
- Memantau Pengurusan Pendaftaran Aset Alih Kerajaan;
- Memantau Pelaksanaan Pemeriksaan Aset Alih Kerajaan; dan
- Memantau Pelupusan Aset Alih Kerajaan.
- Pengurusan Stor
- Memantau Pengurusan Stor;
- Memantau Pelaksanaan Pemeriksaan Stor;
- Memantau Pelaksanaan Verifikasi Stor; dan
- Memantau Pelupusan Stok.