UNIT NEFROLOGI

PENGENALAN

Unit Nefrologi menjadi pusat rujukan di kawasan Utara Semenanjung Malaysia bagi mengesan pesakit-pesakit baru yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang (ESRF) serta memberi rawatan sewajarnya.Perkhidmatan yang diberikan adalah:

  1. Memberi rawatan kepakaran Perubatan Nefrologi kepada pesakit buah pinggang (ginjal), pesakit pemindahan buah pinggang (Renal Transplantation), pesakit Hemodialisis, pesakit CAPD (continuous ambulatory peritoneal dialysis) dan kes-kes yang dirujuk oleh lain Hospital Kerajaan atau Hospital Swasta.
  2. Memberi perkhidmatan ‘Acute Hemodialysis’ dan rawatan CRRT (Continuous Renal Replacement Therapy) kepada pesakit ‘Acute Renal Failure’ dan ‘End Stage Renal Failure’.
  3. Memberi latihan kepada Pegawai Perubatan dan Paramedik dalam rawatan Hemodialisis.
  4. Memberi perkhidmatan ‘Donor Renal Transplant Work-out’ untuk penderma buah pinggang kepada waris pesakit (living related donor).
  5. Mendaftar pesakit ESRD di dalam ‘Cadeveric Donor’ dengan sistem elektronik e-MOSS serta mengemaskini data maklumat pesakit setiap enam bulan sekali.
  6. Memberi Perkhidmatan Pesakit Luar di Klinik Nefrologi (005)
  7. Memberi Perkhidmatan Pesakit Dalam di Wad Nefrologi (wad C7)

Unit ini diketuai oleh seorang Pakar Perunding Nefrologi Kanan- Dato’ Dr. Rozina Bt. Ghazalli. Unit-unit Hemodialisis dibawah seliaan Pakar Perunding Nefrologi Kanan:

  1. Unit Hemodialisis Hospital Balik Pulau
  2. Unit Hemodialisis Hospital Kepala Batas
  3. Unit Hemodialisis Hospital Seberang Jaya
  4. Unit Hemodialisis Hospital Bukit Mertajam
  5. Unit Hemodialisis Hospital Sungai Bakap.

PERKHIDMATAN UTAMA

  1. Memberi rawatan Hemodialisis berpanjangan (sepanjang hayat).
  2. Memberi rawatan CAPD (Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis)
  3. Memberi rawatan CRRT (Continuous Renal Replacement Therapy) CVVH D dan TPE.
  4. Perkhidmatan Klinik Nefrologi.
  5. Perkhidmatan Renal Biopsy di Wad Nefrologi
  6. Membuat “Catheter Insertion” di Wad Nefrologi
  7. Memberi latihan attachment 200 jam kepada Doktor dan attachment kepada paramedik-paramedik dari Unit Dialysis Swasta, Pusat Uruz Zakat, Ibu Pejabat Kontinjen Polis dan Universiti Sains Malaysia
  8. Memberi tunjuk ajar kepada pesakit dan waris tentang ‘selfcare dialysis’

Kaunter Unit Nefrologi: 04-2225313