HEMATOLOGI
Pengenalan
Unit Hematologi dari Klinik Pakar Unit Hematologi untuk pesakit luar dan kes-kes rujukan terletak dibilik 005 Blok 'B', yang beroperasi pada hari Isnin dan Khamis pagi, Unit Rawatan Harian Hematologi terletak di tingkat 2 bangunan Pusat Rawatan Harian mempunyai 12 katil. Wad A2 Hemotologi terletak di tingkat 2, Blok 'A' mempunyai 28 katil, 16 katil untuk lelaki, 10 katil untuk perempuan dan 2 katil dalam bilik perasingan. Satu bilik khas untuk kes Pemindahan Sum-sum Tulang mula beroperasi tahun ini. Unit Hematologi Hospital Pulau Pinang merupakan pusat rujukan utama pesakit Hematologi Zon Utara. Unit ini juga memainkan peranan sebagai unit latihan dalam bidang Hematologi.
Visi
Wad Hematologi akan wujud sebagai sebuah wad yang cemerlang dalam aspek :
- Memberi perkhidmatan yang bermutu dan berkualiti.
- Memberi penjagaan kesihatan yang sempurna dan memuaskan.
- Mengutamakan tanggungjawab individu dan penyertaan masyarakat ke arah meningkatkan taraf hidup dan kesihatan yang lebih baik.
Misi
Wad Hematologi akan menyediakan perkhidmatan yang berteraskan:
- Sikap penyayang
- Profesionalisme
- Semangat kerja berpasukan
Memberi pendidikan kesihatan serta memupuk tanggungjawab individu tentang penjagaan kesihatan yang sempurna kepada pelanggan.
Perkhidmatan
- Memberi rawatan kemoterapi kepada pesakit-pesakit barah seperti leukimia, Lymphoma, Multiple Myeloma dan lain-lain
- Memberi rawatan kepada pesakit-pesakit darah bukan barah seperti Thalassemia. AIHA, ITP dan sebagainya.
- Penjagaan pesakit-pesakit 'immunocompromised' dengan 'Neutropenic Sepsis', pesakit-pesakit pemindahan sum-sum tulang, pesakit-pesakit 'auto-immune' yang meneriam rawatan 'pulse methlyprednisolone' atau 'IVIG'.
- Menjalankan prosedur-prosedur seperti pemeriksaaan bone marrow aspiration-trephine biopsy, lumber puncture, kemoterapi secara intrathecal dan lain-lain.
- Penjagaan 'chemoport' dan 'hickman catheter'.
- Pemindahan darah, platelet concentrate, 'Fresh Frozen Plasma' dan sebagainya.
- Memberi kaunseling kepada pesakit-pesakit dan keluarga mereka.
- Koordinasi "hospice home program" untuk pesakit-pesakit barah yang terminal serta bantuan sosial dan kewangan untuk mereka yang kurang kemampuan.