Pengenalan
PUSAT PENYELIDIKAN KLINIKAL
(CLINICAL RESEARCH CENTRE - CRC)
PENGENALAN
Penubuhan Pusat Penyelidikan Klinikal Hospital Pulau Pinang (PPK HPP) adalah selaras dengan hasrat Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menubuhkan rangkaian Pusat Penyelidikan Klinikal di bawah Rancangan Malaysia Ke-7. Cadangan penubuhan pusat ini dalam tahun 2001 dan mula beroperasi hujung tahun 2003. Ia telah ditempatkan di Aras 1, Bangunan Ambulatory Care Centre (ACC) dan mula beroperasi pada bulan April 2007.
Objektif utama Pusat Penyelidikan Klinikal Hospital Pulau Pinang adalah untuk menggalak, mempromosi, menyokong disamping menyediakan kemudahan serta menjalankan penyelidikan klinikal di kalangan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia, Pulau Pinang. Disamping itu juga mewujudkan satu kumpulan tenaga mahir dalam bidang penyelidikan supaya dapat menjalankan dan menghasilkan penyelidikan yang berkualiti.
FUNGSI DAN OBJEKTIF
Fungsi utama Pusat Penyelidikan Klinikal Hospital Pulau Pinang adalah :
a) Menjalankan penyelidikan
b) Memberikan perkhidmatan berkaitan penyelidikan
c) Memberikan latihan berkaitan penyelidikan
Fokus penyelidikan PPK HPP adalah berkaitan 'Clinical Trial', 'Health Outcome', 'Disease Treatment and Registers' dan 'Evidence-based Medicine'.
Sehubungan dengan itu PPK HPP sedang berusaha untuk membangunkan kemudahan-kemudahan pentadbiran dan penyelidikan seperti membuat promosi, mengumpul data/ maklumat, menyemak protokol, menyediakan khidmat nasihat kepada penyelidik-penyelidik yang berminat untuk melakukan penyelidikan dan lain-lain berkaitan penyelidikan.
Perkhidmatan
PERKHIDMATAN UTAMA
Perkhidmatan Utama PPK adalah:
- Menjalankan penyelidikan
- Mengurus dan mengkoordinasi penyelidikan
- Mempromosikan perkhidmatan yang ditawarkan PPK
- Menyediakan kemudahan mendapatkan nasihat kepakaran (konsultasi) untuk penyelidikan yang berkualiti dan menyediakan kemudahan penyelidikan seperti membimbing dalam penyediaan kertas kerja, borang maklumat pesakit, borang keizinan pesakit, case report form, memohon geran penyelidikan dan kelulusan daripada MREC, dan menganalisa data-data penyelidikan
- Membantu dalam pendaftaran National Medical Research Register (NMRR)
- Membantu dan membimbing mengendalikan SPSS software kepada anggota hospital yang menjalankan
- Kajian Kepuasan Pelanggan.
- Menganjurkan atau mengendalikan kursus/latihan berkaitan penyelidikan:
- Basic SPSS Workshop for Hospital and State staff
- Intermediate SPSS Workshop
- Penang Research Day
- Protocol Development Workshop
- Good Clinical Practice Workshop
- Sample Size Calculation Workshop
- Liason Officer Training