Pengenalan
UNIT KUALITI
PENGENALAN
Unit Kualiti Hospital Pulau Pinang ditubuhkan pada tahun 2002 yang mana pada mulanya bertujuan untuk menyelaras National Indicator Approach(NIA) dan Laporan Insiden sahaja. Ia merupakan salah satu program di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia yang mengukuh tahap penyampaian perkhidmatan kepada pesakit. Aktiviti ini telah digunapakai secara menyeluruh dengan pemantauan berterusan hingga kini.
Hari ini, Unit Kualiti berfungsi sepenuhnya dan bertanggungjawab atas mengendalikan Key Performance Indicator (KPI),National Indicator Approach(NIA), Laporan Insiden serta lebih dari 20 Aktiviti-Aktiviti Peningkatan Kualiti.
OBJEKTIF
-
Untuk menjalankan pengumpulan data dan pemantauan data KPI dan HPIA yang berhemah di Hospital Pulau Pinang.
-
Untuk menguruskan semua kes laporan insiden yang telah dilaporkan ke Unit Kualiti.
-
Untuk menjalankan dan menjayakan aktiviti-aktiviti peningkatan kualiti melibatkan QA-HSA, audit klinikal, inovasi, KIK, dan healthy settings.
-
Untuk menjalankan prosedur-prosedur kerja Credentialing and Privileging untuk Hospital Pulau Pinang.
-
Untuk menjalankan kerja-kerja pengumpulan data Objektif Kualiti/ pemantauan indikator MSQH.
- Untuk menjadi peneraju untuk prosedur akreditasi MS ISO/ MSQH
-
Untuk menjadi sekretariat bagi aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan seperti Pain Free Program dan SSI, dan menyertai Jawatankuasa SSSL dan POMR.
Perkhidmatan
PERKHIDMATAN UTAMA
- Menimbangkan dan melaksanakan cadangan (bersama Pengurusan Tertinggi HPP) dari Jabatan atau Unit bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan pengurusan serta meneliti/ mengkaji dan mencadangkan penyelesaiannya.
- Memastikan perlaksanaan Manual Kualiti, Prosedur Kualiti dan Arahan Kerja Pensijilan MS ISO sentiasa dikemaskini dan tepat.
- Merancang dan menguruskan perlaksanaan pengurusan kualiti dari aspek piawaian, kawalan, audit dan penambahbaikan kualiti.
- Menjadi penghubung antara HPP dan Bahagian Perkembangan Kualiti KKM berkaitan dengan hal-hal pengurusan kualiti termasuk urusan penjaminan kualiti luaran.
- Melaksana, menyelaras dan memantau perlaksanaan pelan, program dan aktiviti kualiti HPP selaras dengan objektif yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Kualiti HPP.
- Mengurus, merancang, menyelia / menyelaras, mengawal dan menilai prestasi kakitangan dan perjalanan Unit Kualiti.
- Urusetia kepada Jawatankuasa aktiviti peningkatan kualiti / program peringkat HPP.
PERKHIDMATAN BARU
- Berkolaborasi dengan Unit Teknologi Maklumat dalam pengurusan Laman ‘Incident Reporting Online’ Hospital Pulau Pinang.
- Berkolabrasi dengan Unit Teknologi Maklumat dalam pengurusan Laman ‘E-Priv’ untuk ‘Credentialing and Privileging’ Hospital Pulau Pinang.