Pengenalan
JABATAN KARDIOLOGI
Pengenalan
Jabatan Kardiologi Hospital Pulau Pinang adalah salah satu Pusat Rawatan Tertiari Penyakit Kardiovaskular Kementerian Kesihatan Malaysia. Jabatan ini memainkan peranan penting dalam memberi perkhidmatan pemeriksaan jantung dari segi klinikal serta ujian-ujian khas dan pemulihan jantung kepada pesakit-pesakit yang mengidap penyakit jantung.
Latarbelakang
Penyakit Kardiovaskular telah menjadi penyebab utama morbidity dan mortality di Malaysia. Untuk memenuhi Perkembangan Perkhidmatan Kardiologi dan Kardiotorasik melalui Dasar Decentralisation maka Jabatan Kardiologi, Hospital Pulau Pinang ditubuhkan pada bulan Jun 1994 sebagai Pusat Rujukan Jantung Kementerian Kesihatan Malaysia untuk Negeri-Negeri Utara & Timur Semenanjung Malaysia iaitu seluruh negeri Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak, Kelantan dan Terengganu.
Objektif
Matlamat utama Jabatan Kardiologi ialah memberi perkhidmatan berkualiti tinggi kepada semua pesakit-pesakit jantung
Masa Rawatan
MASA RAWATAN
a) Klinik Pakar Pesakit Luar
Klinik ini mengendalikan kes-kes rujukan dan susulan untuk pemeriksaan dan rawatan kepakaran penyakit jantung mengikut Sistem Temujanji Masa (STEM)
Hari | 8.00 pg � 10.00 pg | 10.00 pg � 1.00 ptg. | 2.00 ptg � 4.30 ptg. |
Isnin | Klinik Pacemaker | Klinik INR | Klinik INR |
Selasa | Klinik Kardiologi | Klinik Kardiologi | Klinik Kardiologi |
Rabu | Klinik Khas AMI | Klinik Khas AMI | Klinik Khas AMI |
Khamis | Klinik Kardiologi | Klinik Kardiologi | Klinik Kardiologi |
Jumaat | Klinik Kardiologi | Klinik Kardiologi | Klinik Kardiologi |
b) Hari Prosedur Makmal Kardiovaskular
HARI | JENIS PROSEDUR |
Isnin | Diagnostik & Intervensional |
Selasa | Diagnostik & Intervensional |
Rabu | Diagnostik & Intervensional |
Khamis | Diagnostik & Intervensional |
Jumaat | Kes-kes Pediatrik & Pacemaker Implantation |
Sabtu | Kes-kes Kecemasan |