Pengenalan
JABATAN ORTOPEDIK
PENGENALAN
Perkhidmatan Ortopedik Hospital Pulau Pinang merupakan pusat rujukan bagi kes-kes yang bersabit dengan perawatan Ortopedik dan Tromatologi bagi hospital-hospital yang berhampiran di Pulau Pinang dan Seberang Perai.
Dengan peningkatan kadar kemalangan dan penambahan kilang-kilang perindustrian, kes-kes kemalangan industri telah meningkat. Kemasukan kes-kes Ortopedik juga semakin bertambah dengan peningkatan kemalangan jalanraya walaupun banyak hospital swasta telah dibuka di merata-rata tempat di negeri Pulau Pinang.
Perkhidmatan
PERKHIDMATAN UTAMA
Di samping pembedahan Ortopedik rutin, jabatan ini juga menawarkan pembedahan berikut kepada kes-kes yang memerlukan:
- Paediatric Orthopedic Surgeries
- Joint Replacement
- Spinal Surgery
- Arthroscopy
- Trauma & Tumour Surgery Including Limb Salvage Surgery
- Orthopedic Oncology Surgeries.