Pengenalan
PEJABAT PENYELIA PPP
PENGENALAN
Pejabat Penyelia Penolong Pegawai Perubatan terletak di Tingkat 3, Kompleks Rawatan Harian searas denganPejabat Pentadbiran & Pejabat Pengarah Hospital, Hospital Pulau Pinang. Organisasi Pejabat Penyelia Penolong Pegawai Perubatan diletakkan dibawah Direktorat Perkhidmatan Sokongan Klinikal.
Fungsi utama pejabat ini adalah memberi penumpuan terhadap aspek pengurusan klinikal keatas profesionalisme Penolong Pegawai Perubatan terutama dalam aspek-aspek pemberian perkhidmatan promotif, preventif, diagnostik, kuratif dan rehabilitatif kepada semua lapisan masyarakat sepertiyang dinyatakan dalamAkta Pembantu Perubatan (Akta 180), Peraturan dan Kod Etika.
Pejabat ini juga bertanggungjawab keatas perkhidmatan warga kerja jawatan auksiliari seperti Pembantu Hospital Rendah dan Pembantu PerawatanKesihatan. Selaras dengan perkembangan teknologi dan sains perubatan masa kini, profesyen Penolong PegawaiPerubatan telah menjadi lebih kompleks dan pengkhususan dibidang masing-masing terutama dalam segikemajuan dan kerjaya profesyen.
OBJEKTIF
Meningkatkan perhubungan antara Penolong Pegawai Perubatan pelbagai gred dengan Penyelia Penolong Pegawai Perubatan dan Pegawai-Pegawai Atasan Pengurusan Hospital. Melaksanakan semua arahan, peraturan, garispanduan, polisi dan dasar perkhidmatan dari Pengarah Hospital, Jabatan Kesihatan Negeri dan Kementerian Kesihatan Malaysia dengan berkesan, berkualiti dan professional bersama samadengan semua warga Penolong Pegawai Perubatan Hospital Pulau Pinang. Menetapkan serta menentukan suasana kerja yang ceria dan kondusif kearah perkhidmatan yang berkualiti untuk memenuhi kepuasan pelanggan dalaman dan luaran. Menggalakan penglibatan anggota dalam aktiviti Perkembangan Kerjayadan Pembangunan Modal Insan sebagai tradisi latihan dan pendidikan berterusan selaras dengan Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam.
Perkhidmatan
PERKHIDMATAN
a) Pengurusan Kerja Klinikal (Pengkhususan Kepakaran & Klinikal Am)
Penyaringan Pesakit.
Rawatan Kecemasan.
Perkhidmatan Ambulans & Pra Hospital.
Promosi Pendidikan Kesihatan & Kaunselling.
Menjalankan Tugas Panggilan Diluar Waktu Pejabat.
b) Pengurusan Kerja Teknikal
Mengelola dan Menjalankan Ujian-ujian & Prosedur-prosedur Khas Diagnostik.
c) Pembangunan dan Perkembangan Sumber Manusia
Pelaksanaan Latihan Dalam Perkhidmatan.
Pelaksanaan Pelajaran Berterusan Profesional.
Perkembangan Kerjaya dan Kemajuan Profesyen Berterusan.
d) Pelaksanaan Aktiviti Piawaian Kualiti, Penyelidikan, Dokumentasi dan Laporan.
e) Pembangunan dan Perkembangan Jabatan / Pejabat
Penyeliaan Personel Jabatan.
Penguatkuasaan Akta dan Peraturan sedia ada.
Penyelenggaraan Fasiliti dan Kemudahan termasuk Persekitaran Kerja.
Meningkatkan Hubungan Kerja Organisasi (Dalaman dan Luaran).