Pengenalan
UNIT FISIOTERAPI
PENGENALAN
Unit Fisioterapi adalah sebahagian daripada Jabatan Rehabilitasi Perubatan, Hospital Pulau Pinang. Unit Fisioterapi (010) terletak di Aras Bawah Central Service Block (CSB). Unit Fisioterapi mempunyai 35 orang Jurupulih Anggota dan 3 orang Pegawai Pemulihan Perubatan (Anggota) untuk memberi perkhidmatan pemulihan kepada pesakit.
Perkhidmatan
PERKHIDMATAN UTAMA
Unit Fisioterapi memberi perkhidmatan sokongan kepada semua disiplin di Hospital Pulau Pinang. Perkhidmatan yang diberi merangkumi perkhidmatan promotif, preventif, curatif dan rehabilitatif. Pelanggan kami terdiri daripada pesakit-pesakit luar dan dalam wad yang dirujuk oleh Pakar atau doctor dari hospital awam atau hopsital swasta, Klinik Kesihatan dan Institusi. Perkhidmatan teras Fisioterapi adalah mengenalpasti masalah-masalah pergerakan manusia, masalah kefungsian, kesakitan dan lain-lain semasa memberi rawatan kepada pesakit. Ahli Fisioterapi juga mementingkan pendidikan pesakit yang diberi untuk memastikan perkhidmatan adalah menyeluruh.
PERKHIDMATAN BARU
Unit Fisioterapi telah memulakan perkhidmatan fisioterapi pre – op klinik untuk kes-kes pembedahan dan perkhidmatan vestibular rehabilitation.