Pengenalan
UNIT KAWALAN INFEKSI
PENGENALAN
Hospital Pulau Pinang adalah hospital rujukan 'tertiary' untuk kawasan utara Malaysia dengan jumlah 1090 katil. Hospital ini menyediakan perkhidmatan untuk rawatan 'acute' dan rawatan susulan melalui klinik-klinik pakar. Patient mix adalah emergency, critical care, medical, nephrology, oncology, psychiatric, orthopaedic, general surgical, plastic & reconstructive, vascular, urology, neurosurgical, ENT, ophthalmology, cardiology, cardiothoracic, paediatric, neonatal, obstetric & gynaecology.
Perkhidmatan kawalan infeksi Hospital Pulau Pinang bermula pada tahun 1990. Pada permulaannya perkhidmatan ini dikendalikan oleh Jabatan Patologi dibawah penyeliaan Pakar Perunding Patologi. Pada masa kini, perkhidmatan kawalan infeksi dijalankan oleh Pasukan Kawalan Infeksi diketuai oleh Pegawai Kawalan Infeksi dan dibawah kuasa Pengarah Hospital.
Perkhidmatan ini meliputi semua kawasan Hospital Pulau Pinang termasuk wad, klinik dan ambulatorycare.
OBJEKTIF
- -Memberi perkhidmatan kawalan infeksi yang efektif dan efisyen di dalam mencegah, mengawal dan memantau infeksi hospital.
- -Memastikan setiap anggota hospital mengikut Garis Panduan Kawalan Infeksi Hospital (KKM).
- -Memastikan setiap anggota hospital menjalankan tugas tanpa memudaratkan diri dengan mematuhi Garispanduan 'Standard Precaution' untuk mencegah infeksi.
- -Meningkatkan mutu perkhidmatan kawalan infeksi dengan memberi kesedaran, pengetahuan dan latihan berterusan berkaitan kawalan infeksi hospital kepada anggota-anggota hospital.
Perkhidmatan
PERKHIDMATAN UTAMA
• National Hand Hygiene Compliance Surveillance
• Health care associated infection’ (HCAI) and Alert Organism Surveillance
• Carbapenem Reisitance Enterobacteriacae Surveillance
• National Health Care Associated Infection Surveillance (PPS)
• National Blood Stream Infection Surveillance
• Sharps Injuries Management and Surveillance
• Targeted Surveillance
• National Hand Hygiene Compliance Surveillance
• Melakukan pemantauan di wad, klinik, unit dan Jabatan.
• Memberi ceramah / latihan / orentasi yang berterusan berkaitan dengan ‘Infection Control’ kepada semua kategori – kakitangan Hospital Pulau Pinang dan hospital / klinik lain dalam Pulau Pinang.
• Melakukan pemeriksaan ‘Blood screening for Hepatitis B’ juga pemberian immunisasi Hepatitis B dan vaksin H1N1 kepada semua kategori di Hospital Pulau Pinang.
• Menyediakan polisi dan garis panduan yang berkaitan dengan kawalan infeksi.
• Membuat penyiasatan dengan segera sekiranya terdapat ‘Outbreak’.
• Memainkan peranan dalam ‘renovation of the ward’ bersama dengan Unit Pembangunan.
Infection Prevention Handbook
Muat turun Infection Prevention Handbook (* Capaian INTRANET Sahaja)