Pengenalan
PUSAT SUMBER PENDIDIKAN KESIHATAN
PENGENALAN
Pusat Sumber Pendidikan Pesakit merupakan jabatan yang menyediakan perkhidmatan pendidikan kesihatan kepada pesakit dan juga keluarga pesakit serta orang awam supaya mereka berupaya untuk membuat keputusan yang tepat untuk meningkatkan kualiti kesihatan yang optimum.
OBJEKTIF UMUM
Untuk menyediakan perkhidmatan yang berorientasikan pelanggan iaitu pesakit, ahli keluarga pesakit, anggota hospital dan orang awam dengan menggalakkan penglibatan mereka sepenuhnya dalam perawatan, pemulihan dan promosi kesihatan ke arah pembentukan cara hidup sihat menerusi rangkaian perkhidmatan pendidikan lengkap dan terancang.
OBJEKTIF KHUSUS
- -Untuk memberi pengetahuan & kemahiran kepada pesakit, keluarga pesakit, anggota hospital dan komuniti mengenai penjagaan kesihatan
- -Untuk memudahkan pesakit, keluarga pesakit, anggota hospital dan komuniti mendapat maklumat mengenai kesihatan dan penyakit
- -Untuk mengadakan perancangan, perlaksanaan dan penilaian aktiviti pendidikan pesakit di hospital.
Perkhidmatan
PERKHIDMATAN UTAMA
I. Virtual library
Virtual library ialah projek digital dibangunkan oleh Bahagian Telehealth, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersama dengan 8 perpustakaan KKM termasuk Hospital Pulau Pinang. Projek ini menyediakan kemudahan mengakses kepada maklumat berkaitan dengan perubatan dan kesihatan. Ianya boleh diakses bila-bila masa dan di mana sahaja selagi pengguna mempunyai capaian Internet. Pengguna boleh melayari portal http://vlib.moh.gov.my/cms/index.jsp.
Maklumat yang disediakan adalah seperti:
i. Online Public Access Catalogue (OPAC)
ii. Information Resource
iii. Databases
iv. e-books
v. Journals
vi. Ministry Publications
vii. Clinical Research Centre (CRC)
viii. Useful Links
ix. Make a Vote
x. Discussion
xi. Publication Matters
xii. Submit Helpdesk
xiii. Submission Form
xiv. Upcoming Events
Pengguna mestilah mendaftar sebagai ahli untuk mengakses ‘fulltext-article’ melalui pangkalan data yang dilanggan iaitu MDConsult (Perubatan dan kesihatan), Lawnet (Undang-undang) dan Emarald (Pengurusan).
II. Perkhidmatan Sirkulasi
Setiap kakitangan perlu mendaftar sebagai ahli perpustakaan terlebih dahulu sebelum dibenarkan membuat pinjaman. Pinjaman terhad kepada 2 buku dan 2 jurnal dalam satu tempoh. Tempoh pinjaman adalah selama satu (1) bulan untuk buku dan dua (2) minggu untuk jurnal/majalah umum. Pembaharuan pinjaman dibenarkan sekali sahaja dan denda dikenakan ke atas kelewatan pemulangan bahan perpustakaan yang dipinjam mengikut peraturan perpustakaan yang telah ditetapkan.
III. Perkhidmatan Rujukan
Perkhidmatan ini meliputi pertanyaan rujukan, penyelidikan dan pencarian maklumat dari sumber
perpustakaan organisasi atau dari pangkalan data dalam dan luar Negara. Perpustakaan juga menerima pertanyaan rujukan dari luar organisasi seperti hospital lain atau agensi kerajaan yang lain.
IV. Perkhidmatan Internet
Ahli perpustakaan dan kakitangan hospital boleh menggunakan komputer untuk tujuan pencarian dan perkongsian maklumat dengan menggunakan komputer di bilik komputer yang disediakan. Bayaran akan dikenakan untuk sebarang cetakan yang dibuat.
V. Perkhidmatan Online Public Access Catalog (OPAC)
Kemudahan mengesan dan mencari koleksi perpustakaan dengan cepat dan tepat. Boleh dilayari melalui http://ilmuhpp/elmu/index.jsp?module=webopac-d&action=webopac.jsp
VI. Perkhidmatan Salinan Fotokopi
Perkhidmatan ini diberi khusus untuk pengguna-pengguna perpustakaan mendapatkan salinan artikel atau maklumat dari bahan bacaan yang terdapat di perpustakaan sahaja.
VII. Bilik Perbincangan
Perkhidmatan ini memberi kemudahan kepada pengguna perpustakaan untuk menjalankan aktiviti tutorial, perbincangan atau sebagainya mengikut peraturan yang ditetapkan.
VIII. Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP)
SPP merupakan perkhidmatan antara perpustakaan yang disediakan kepada pengguna bagi mendapatkan bahan rujukan dari mana-mana institusi yang menyertai sistem ini untuk digunakan
dipinjam melalui perpustakaan.
IX. CME Hospital
Menyelaras CME Hospital iaitu menetapkan jadual pembentangan, mengeluar dan mengedar poster serta pendaftaran pada setiap hari Jumaat 8.00 – 9.00 pagi. Sebanyak 45 kali CME telah diadakan
daripada 48 kali yang telah dijadualkan. Tiga CME dibatalkan atas permintaan Ketua Jabatan.