UNIT PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN NEGERI
Unit Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan Negeri ( UPPPPN) bertanggungjawab untuk menyelaras perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan Program Penempatan Wajib dan Pembantu Perawatan Kesihatan dalam Negeri Pulau Pinang. Program terlibat seperti Perubatan, Kesihatan Awam, Program Pergigian (PPK) bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan di tahap yang cemerlang memenuhi hati anggota, pelanggan dan stakeholder.
Fungsi utama UPPPPN adalah memberi penumpuan terhadap aspek perkembangan profesion dan pengurusan klinikal ke atas profesionalisma Penolong Pegawai Perubatan terutama dalam aspek-aspek pemberian perkhidmatan promotif, preventif, diagnostik, kuratif dan rehabilitatif kepada semua lapisan masyarakat seperti yang dinyatakan dalam Akta Pembantu Perubatan (Akta 180), Peraturan dan Kod Etika.
Bahagian ini juga akan memberikan tumpuan kepada hal ehwal dan kualiti perkhidmatan profesion dibawah jagaan dalam Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang
VISI
Profesion Penolong Pegawai Perubatan, akan menjadi golongan yang berpengetahuan, berkemahiran tinggi serta cekap dalam memberikan perkhidmatan perubatan dan kesihatan bagi menjadikan Malaysia sebuah Negara yang sihat dengan mengutamakan profesionalisma, kualiti, inovasi dan kerja berpasukan.
Penolong Pegawai Perubatan akan memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan tahap kesihatan individu, keluarga dan rnasyarakat melalui sistern kesihatan yang saksama, berteknologi sesuai dan serasi pelanggan berfokuskan aspek-aspek promotif, preventif diagnostik, kuratif dan rehabilitatif serta rnenggalakkan kerjasama individu dan masyarakat kearah peningkatan mutu kehidupan.
MISI
Memberi perkhidmatan perubatan dan kesihatan yang terkini dan berteknologi sesuai dengan cekap dan efektif berkonsepkan profesionalisma, "client focus" dan "smart partnership" melalui usaha:-
Menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawab Penolong Pegawai Perubatan berpandukan peranan klinikal, dokumentasi, latihan, penyelidikan dan pengurusan dengan lancar, teratur serta berkesan seiring dengan perkembangan semasa.
Melaksanakan audit dan penyelidikan untuk perkembangan ilmu bagi tujuan memantapkan aspek perkhidmatan dan profesyen.
Memantapkan serta meningkatkan suaasana kerja yang ceria dan kondusif kearah perkhidmatan yang lebih berkualiti untuk memenuhi kepuasan pelanggan dalama dan luaran.
Mengalakkan penglibatan anggota dalam aktiviti perkembangan kerjaya dan pembangunan modal insan sebagai tradisi latihan dan pendidikan berterusan selaras dengan dasar latihan sumber manusia sektor awam.
OBJEKTIF
- Pengawalan amalan profesion Penolong Pegawai Perubatan. seperti yang dinyatakan dalam Akta Pembantu Perubatan (Akta 180), Peraturan dan Kod Etika.
- Melaksanakan Pembangunan Kerjaya dan modal insan Penolong Pegawai Perubatan (PPP) / Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK).
- Menyelaras segala urusan yang berkaitan dengan profesion Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan samada di Bahagian Perubatan, Kesihatan Awam mahupun Jabatan Kesihatan Negeri dan agensi agensi lain yang berkaitan terus dengan Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia.
FUNGSI UTAMA UPPPPN
Fungsi utama Unit Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan Negeri ( UPPPPN) untuk menyelaras perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan Program Penempatan Wajib dan Pembantu Perawatan Kesihatan dalam Negeri Pulau Pinang dari segi :
-
AMALAN DAN APC
-
LATIHAN DAN CPD
-
PEMANTAUAN DAN AUDIT
-
CREDENTIALLING & PRIVILEGING
-
SUMBER MANUSIA DAN PENEMPATAN
-
PROGRAM PENEMPATAN WAJIB
-
PERKHIDMATAN KLINIKAL/ SOP
-
KPI / RESEARCH
PERKHIDMATAN UPPPPN
- Memastikan Penolong Pegawai Perubatan Negeri Pulau Pinang mempunyai Annual Practice Certificate (APC) yang sah dari Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia.
- Melakukan penyeliaan klinikal yang berterusan bagi memastikan anggata mengikut garis panduan amalan yang ditetapkan.
- Memantau tatakelakuan dan prestasi kerja anggota dibawah jagaan Negeri Pulau Pinang termasuk pelaksanaan Kod Etika Pembantu Perubatan.
- Melakukan serta menyelaras penempatan dan pertukaran Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan dalam Negeri Pulau Pinang
- Memantau dan memberi tunjuk ajar kepada Penolong Pegawai Perubatan yang menjalani Program Penempatan Wajib (PPW)
- Menyediakan garis panduan, S.O.P dan peraturan bagi perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan Pulau Pinang.
- Merancang dan menyelaras latihan kepada anggota dibawah kawalan seperti Kursus, Bengkel, CME, Seminar/ Konferens untuk Penolong Pegawai Perubatan dan pembantu Perawatan Kesihatan.
- Pembangunan dan penilaian berterusan ke atas perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan Menetapkan piawaian amalan kerja
- Merancang keperluan sumber manusia dan keperluan penambahan jawatan dan kenaikan pangkat Penolong Pegawai Perubatan di semak dari semasa ke semasa
- Perancangan perkembangan kerjaya pensiswazahan Penolong Pegawai Perubatan dan Advanced Diploma / Post Basik .
- Menyiasat aduan berkaitan dengan amalan serta tatakelakuan Penolong Pegawai Perubatan Negeri Pulau Pinang
- Peranan Penolong Pegawai Perubatan di dalam program expanded & extended
- Memberiinputteknikal dan khidmat nasihat perkhidmatan
- Merancang keperluan sumber manusia bagi perkhidmatan yang sedia ada dan baru.
- Merancang keperluan anggota mengikut aktiviti berasaskan kepada kepakaran dan keperluan perkhidmatan disemua program dan aktiviti.
- Merancang dan menyelaras kajian dan pembangunan (Research & Development ) perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan.