Pengenalan
JABATAN KECEMASAN
PENGENALAN
Jabatan Kecemasan Hospital Pulau Pinang menyediakan perkhidmatan rawatan kecemasan di peringkat primer. Beroperasi 24 jam setiap hari, tujuh hari seminggu. Jabatan ini dilengkapi dengan segala kemudahan, peralatan dan khidmat kepakaran yang diperlukan.
STRATEGI
Menyediakan perkhidmatan pengendalian kes-kes rawatan kecemasan.
OBJEKTIF
Am
Memberi rawatan kecemasan 24 jam kepada pelanggan yang memerlukan.
Khusus
1. Memberi Perkhidmatan bantuan ambulan.
2. Melakukan "triage" atau penyaringan kepada pesakit.
3. Membuat pemeriksaan dan rawatan kecemasan kepada pesakit.
4. Melakukan pemeriksaan dan rawatan ke atas kes-kes medico-legal.
5. Merujuk pesakit kepada Doktor atau Pakar dari lain-lain unit jika diperlukan.
Setiap pelanggan akan dilayani dengan baik, mesra, bertimbang rasa, hormat, bersopan santun jujur dan ikhlas. Segala maklumat pesakit akan dirahsiakan.
Perkhidmatan
Perkhidmatan
1. Perkhidmatan bantuan ambulans
Jabatan ini mengendalikan perkhidmatan panggilan ambulans kecemasan 24 jam
Perkhidmatan Standby untuk VVIP, VIP. Sukan dan Perhimpunan dan lain-lain yang berkaitan .
2. Perkhidmatan saringan
Semua pesakit yang datang ke Jabatan Kecemasan akan melalui prises saringan terlebih
dahulu untuk mengetahui tahap ketenatan penyakit.
3. Bilik Rawatan kecemasan
Semua kes kes yang datang ke Jabatan Kecemasan akan diberi rawatan kecemasan yang
perlu dan dirujuk kepada pakar- pakar yang berkaitan sekiranya didapati perlu.
4. Pusat Khidmat sepadu
Pusat Khidmat Sepadu atau One Stop center ini mengendalikan rawatan dan pemeriksaan
untuk kes-kes seperti Kes Rogol, Keganasan Domestik dan Penderaan Kanak-Kanak .
5. Wad Kecemasan
Wad ini adalah bagi kes-kes yang memerlukan pemerhatian (observation) dan kes-kes
orthopedik.
6. Lain-lain Perkhidmatan
Perkhidmatan Berkhatan.
Latihan CPR dan First Aid.
Perkhidmatan Liputan Kes Polis / Medico-Legal.
Masa Rawatan
Masa Rawatan
1. Semua kes atau pesakit perlu didaftarkan.
2. Masa rawatan untuk pesakit tidak dapat ditetapkan kerana menggunakan sistem �Triage�.
3. Saringan ( triage ) akan dibuat terhadap setiap pesakit untuk menentukan tahap kritikalnya
sesuatu kesnya itu.
4. Pesakit seterusnya akan di kategorikan mengikut kod warna seperti berikut :
Merah : | Kritikal (Rawatan segera perlu diberikan) |
Kuning : | Separa Kritikal (Rawatan perlu diberikan secepat mungkin) |
Hijau : |
Bukan Kritikal (Rawatan pesakit mengikut nombor yang diberikan)
|