PENGENALAN

Bahagian Kejururawatan, bertanggungjawab memastikan perkhidmatan kejururawatan dilaksnakan dengan mengekalkan prinsip-prinsip kejururawatan, mengikut protokol atau garispanduan yang telah ditetapkan serta mengamalkan etika kerja yang baik, berintegrasi serta menghayati nilai-nilai kemanusiaan yang tinggi.  Perkhidmatan kejururawatan juga perlu sentiasa dijamin selamat untuk pesakit, di semua peringkat perkhidmatan atau organisasi.  Semua aktiviti perkhidmatan kejururawatan di bawah kawalan Lembaga Jururawat dan Lembaga Bidan Malaysia melalui kawalaselia Pengamalan Kejururawatan.

Memastikan perkhidmatan kejururawatan diberi dengan cekap, berkesan, berintegriti serta selamat, berpandukan piawaian yang telah ditetapkan untuk menjamin tahap kesihatan masyarakat di Negeri khasnya, sentiasa ditahap yang terbaik, supaya rakyat seluruhnya berada dalam keadaan sihat dan dapat menyumbang kepada pembangunan negara amnya.

Perkembangan Perkhidmatan kejururawatan yang dinamik dan semakin kompleks sahaja memberi cabaran kepada Bahagian Kejururawatan malah ia menjadi satu komitmen besar yang perlu digalas untuk memperkukuh perkhidmatan tersebut supaya sentiasa kekal mantap diperingkat perlaksanaan tugasan.  Para jururawat juga perlu sentiasa diberi semangat dan kekuatan untuk terus berbakti dengan lebih memberi manafaat.

OBJEKTIF 

MEMASTIKAN PIAWAIAN DAN PENGAMALAN KEJURURAWATAN DILAKSNAKAN MENGIKUT AKTA JURURAWAT (1950), PERATURAN (NURSES REGISTRATION REGULATION 1985(PINDAAN 1997) DAN KOD ETIKA PROFESSIONAL UNTUK JURURAWAT.

AKTIVITI DAN PENCAPAIAN PEMBANGUNAN PROFESINALISMA BERTERUSAN

Latihan Dalam Perkhidmatan 

Latihan dilaksanakan bertujuan untuk mengembangkan kefahaman, meningkatkan kemahiran dan pembetulan perlakuan positif, di samping memastikan prestasi individu meningkat bagi mencapai bagi mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan.

Latihan Pengkhususan - Diploma Lanjutan untuk Jururawat (Post Basik)

Bagi Latihan Pengkhususan - Diploma Lanjutan atau Pos Basik perlu mencapai nisbah 60:40.  Iaitu sasaran 60% jururawat bertugas di sesuatu unit, perlu mempunyai pos basik mengikut bidang tertentu.  Fokus akan diberi kepada tujuh pengkhususan utama iaitu Kebidanan, Perioperatif, Perawatan Neonatal, Advanced Medical Trauma dan Emergency Care, Pediatrik dan Kejururawatan Kesihatan Awam.

Penyelidikan Kejururawatan (Nursing Research)

Bengkel Audit Klinikal Kejururawatan ini dianjurkan setiap tahun bagi mengekalkan semangat dan motivasi jururawat dalam bidang penyelidikan dan penulisan penyelidikan.  

 Program Kualiti Kejururawatan

Bahagian Kejururawatan sentiasa menitikberatkan kualiti perkhidmatan kejururawatan kepada penerimaannya.  Satu mekanisma pengauditan telah disediakan berlandaskan prosedur utama kejururawatan Audit Kejururawatan Kebangsaan (National Nursing Audit) talah diperkenalkan sejak tahun 10 tahun sehingga kini ia masih relevan dan dijalankan di peringkat perlaksanaan perkhidmatan.  Hasil audit dianalisa dan tindakan penambahbaikan atau pencegahan diambil mengikut keperluan.  Laporan dihantar kepada Ibu Penjabat Pengarah Kejururawatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.  Audit Kejururawatan ini dijalankan setahun sekali tetapi dibuat secara berkala 2 fasa.

Program Pementoran Untuk Jururawat (Mentoring Program for Nurses)

Program Pementoran (Mentoring) untuk Jururawat telah dimulakan sejak 7 tahun yang lalu.  Program ini dijalankan untuk jururawat lantikan baru dan juga untuk jururawat yang berpindah masuk.  Objektif pementoran adalah tuntuk membolehkan jururawat yang baru dilantikan mengadaptasi peranan mereka dilapangan dengan berkesan dan selamat.  Program ini dijalankan secara intensif mengambil masa 6 bulan dan akan diberi tambahan 6 bulan jika mereka masih tidak mencapai piawaian yang telah ditetapkan melalui penilaian yang dibuat.  Untuk jururawat yang berpindah masuk tidak mencapai piawaian yang telah ditetapkan melalui penilaian yang dibuat.  Untuk jururawat yang berpindah masuk pementoran hanya dibuat sebagai memberi orientasi fasiliti baru dan carta aliran tugas sahaja.  Sasaran Standard adalah 85%.  

Program ini juga telah dipilih sebagai Key Performance Indicator (KPI) Ketua Pengarah Kesihatan, Pengarah Kesihatan Negeri dan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri dan tersenarai dalam Audit Penarafan Bintang (Star Rating) Audit) peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia.

Penerapan Konsep 10'S Dalam Pengamalan Budaya Koporat bagi Jururawat di  Kementerian Kesihatan Malaysia

Dalam Usaha memantapkan mutu perkhidmatan penyayang di kalangan jururawat di kementerian Kesihatan Malaysia, konsep 10'S ini merupakan program utama bagi Bahgian Kejururawatan dalam usaha menerapkan nilai-nilai 10'S kepada semua jururawat.

 

Dalam konsep terdapat 10'S ini merupakan program utama bagi Bahagian Kejururawatan dalam usaha menerapkan nilai-nilai 10'S kepada semua jururawat.

Dalam konsep ini terdapat 10 elemen berteraskaan "S" juga merupakan elemen di dalam Budaya Korporat iaitu:

1.  SENYUM 9PERKHIDMATAN)

2.  SALAM (HORMAT MENGHORMATI)

3.  SEGERA (RESPONSIF)

4.  SENSITIF (PERKHIDMATAN PENYAYANG)

5.  SOPAN (PERKHIDMATAN PENYAYANG)

6.  SENTUH ( PERKHIDMATAN PENYANYANG)

7.  SEGAK ( DISIPLIN - PROFESIONALISME

8.  SELIA (KEPIMPINAN - KERJA BERPASUKAN)

9.  SELIDIK (PROFESIONALISMA)

10. SEMANGAT (KOMITMEN DAN PROFESIONALISMA)