Pengenalan
JABATAN OFTALMOLOGI
PENGENALAN
Jabatan Oftalmologi terdiri daripada Klinik Oftalmologi, Wad Oftalmologi (C17), Dewan Bedah Pusat Rawatan Harian di Bangunan ACC (OT3), Dewan Bedah Oftalmologi (OT10).
Klinik Oftalmologi (002) terletak di tingkat bawah Blok Perkhidmatan Pusat (BPP). Kedudukan Klinik Oftalmologi adalah bersebelahan dengan Jabatan Telinga, Hidung dan Tekak (003) dan Jabatan Pesakit Luar (001). Wad Oftalmologi (C17) terletak di tingkat 4, Blok C.
Dewan Bedah Oftalmologi (OT10) terletak di Dewan Bedah Utama, iaitu di tingkat satu Blok B.
ACC OT3 terletak di tingkat 2 di Bangunan Pusat Rawatan Harian. Objektif umum jabatan ini ialah untukmemastikan perkhidmatan rawatan optimum yang berkualiti dan mampu diperolehi oleh seluruh rakyat.
Perkhidmatan
PERKHIDMATAN UTAMA
Klinik Oftalmologi beroperasi dari hari Isnin hingga Khamis setiap minggu. Pelbagai perkhidmatan subkepakaran seperti Vitreoretina, Glaukoma, Okuloplasti serta rawatan mata umum yang lain disediakan.
Pada hari Jumaat, aktiviti-aktiviti yang dijalankan termasuk:
- Menjalankan CME untuk semua staf, pada hari ini Klinik Opthalmologi hanya menerima kes-kes kecemasan sahaja
- Membuat rondaan pesakit R.O.P (Retinopathy Of Prematurity) ke unit P.B.U (Premature Baby Unit)
- Mengadakan mesyuarat bersama kakitangan & Ketua Jabatan.
Selain menyediakan perkhidmatan rawatan dan pendidikan kesihatan berkaitan mata, Klinik Oftalmologi juga menyediakan perkhidmatan pembedahan kecil seperti I&C, Rawatan Laser, Visual Field, Visual Acuity Test dan sebagainya.
Semua kes pembedahan elektif mata dilakukan di dewan bedah utama dan ACC pada setiap hari Isnin hingga Khamis dan juga hari Sabtu manakala kes-kes pembedahan kecemasan pula dilakukan oleh staf ‘oncall’ setiap hari mengikut keadaan.
Pemeriksaan di klinik mata untuk kes-kes pemeriksaan rutin dan kecemasan seperti :
- Pesakit Diabetic Retinopathy - rawatan laser
- Pesakit Glaukoma - Pemeriksaan Visual Field
- Pemeriksaan Katarak
- Pemeriksaan bayi kelahiran Pra matang
- Pemeriksaan kecederaan mata/Kecemasan
- Pemeriksaan mata secara keseluruhan yang dirujuk oleh pegawai perubatan atau pakar unit lain seperti mata sakit, merah dan lain-lain.
- Pembedahan minor seperti pterygium, chalazion dan lain-lain
Pemeriksaan Optometri melibatkan :
- Pra pembedahan dan pos-pembedahan katarak
- Pemeriksaan panjang bola mata dengan alat A - Scan
- Pemeriksaan ralat refraktif mata
- Pemeriksaan penglihatan menjadi dua - diplopia / Hess chart
- Pemeriksaan mata malas / lazy eyes
- Pemeriksaan Visual Fields
- Perkhidmatan Penglihatan Terhad / Low Vision
- Perkhidmatan kanta sentuh bandage
- Pemeriksaan Penglihatan Warna (Ishihara dan D 15)
Unit pembedahan pula beroperasi dengan melibatkan kes-kes seperti :
- Kes katarak
- Scleral buckling
- Trans Par Plana Vitrectomy
- Pembetulan juling
- Trabeculectomy
- Corneal transplant
- Toilet and Suturing
- Enucleation
- Evisceration
- Dacryocystectomy