PENGENALAN
Bahagian Kesihatan Pergigian Pulau Pinang merupakan salah satu daripada enam program di Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang. Ia terletak di Aras 7, Bangunan Persekutuan Jalan Anson, Pulau Pinang. Dengan keluasan 114,945.52 km persegi dan kepadatan penduduk sejumlah 1,740,405 orang, Bahagian Kesihatan Pergigian Pulau Pinang berusaha memberi perkhidmatan pergigian yang komprehensif kepada kumpulan sasaran utama iaitu :-
- Toddlers
- Kanak-kanak Prasekolah
- Murid-murid Sekolah Rendah
- Murid-murid Sekolah Menengah
- Ibu Mengandung
- Warga Emas
- Kanak-kanak Istimewa, dan
- Orang Dewasa
Rawatan yang diberikan merangkumi rawatan asas dan rawatan kepakaran. Rawatan Incremental diberikan kepada murid-murid Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah.
OBJEKTIF
Wujudnya Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Pulau Pinang ialah untuk memberi satu perkhidmatan pergigian yang berkualiti dari segi Total Quality Management dalam suasana penyayang supaya mencapai kepuasan pelanggan. Penyampaian perkhidmatan pergigian ke tahap yang optima melalui perkhidmatan pergigian penggalakan, pencegahan, rawatan dan pemulihan dengan penekanan kepada kumpulan sasaran utama yang dikenalpasti. Ini melibatkan :
- Perancangan dan pelaksanaan perkhidmatan pergigian melalui program-program aktiviti kesihatan pergigian.
- Pemantauan dan penilaian keberkesanan perkhidmatan pergigian serta penambahbaikan.
- Pengurusan dan pengagihan sumber yang sesuai.
- Pembangunan sumber manusia sedia ada.
VISI
Mencapai satu tahap kesihatan pergigian yang membanggakan untuk semua lapisan masyarakat :-
- Dengan memotivasikan penjagaan kesihatan mulut sendiri ;
- Melalui peningkatan kesedaran tentang kesihatan pergigian sebagai salah satu aspek penting dalam kesihatan keseluruhannya ;
- Menyediakan perkhidmatan pergigian yang sesuai ;
- Untuk meningkatkan kualiti kehidupan.
MISI
Supaya masyarakat kita akan mendapat satu perkhidmatan yang berkualiti dan mudah diperolehi dari segi kos dan ”accessibility” dengan keutamaan diberikan kepada pencegahan penyakit dan promosi kesihatan pergigian.