PENGENALAN

Hospital Pulau Pinang (HPP) adalah di antara kemudahan rawatan kesihatan yang terawal diadakan di Tanah Melayu sejak 1812. Ia merupakan hospital kerajaan kedua terbesar di negara ini dengan katil rasmi dan operasi sebanyak 1163 (kemaskini:10 Januari 2022). Peranan utama hospital ini adalah memberikan perkhidmatan penjagaan kesihatan klinikal, latihan & penyelidikan klinikal.

HPP juga bertindak sebagai pusat rujukan utama perkhidmatan klinikal tertiari untuk kawasan utara Semenanjung. Hospital Pulau Pinang telah diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan klinikal dalam bidang pembedahan plastik & rekonstruktif, kardiologi, kardiotorasik dan perubatan nuklear.