Pengenalan
JABATAN OTORINOLARINGOLOGI
PENGENALAN
Jabatan Otorinolaringologi (ORL) menjadi sebuah pusat rujukan bagi kawasan Utara Semanjung Malaysia dalam mendiagnosa dan menguruskan semua kategori penyakit yang berkaitan dengan Telinga, Hidung dan Tekak.
Perkhidmatan Jabatan ORL adalah termasuk :
- Kepakaran Otorinolaringologi.
- Subkepakaran Pembedahan Kepala dan Leher.
- Unit Audiologi.
- Unit Terapi Pemulihan Pertuturan.
- Research Coordination Centre for NPCTOD (Nasopharyngeal Carcinoma Treatment Outcome Database & NPC Tissue Bank)
- Pusat Rujukan Perkhidmatan Sialendoscope di Malaysia.
Jabatan ORL juga menyediakan perkhidmatan Pesakit Luar iaitu di Klinik ORL Bilik (003) di Tingkat Bawah, berhampiran Foyer Blok B manakala perkhidmatan Pesakit Dalam disediakan di Wad C18, terletak di Tingkat 4 Blok C. Jabatan ini diketuai oleh seorang Pakar Perunding Kanan Khas C dengan jumlah anggota keseluruhan seramai 65 orang.
Perkhidmatan
PERKHIDMATAN UTAMA
Pusat Rujukan Utama Wilayah Utara bagi kes-kes Telinga, Hidung dan Tekak serta Kepala dan Leher. Pusat Rujukan kepakaran tertiari bagi kes ulangan dari luar Jabatan /Hospital serta kes dari unit kepakaran yang lain, Klinik Kesihatan, Hospital / Klinik Swasta di dalam mahupun di luar Negeri Pulau Pinang.
Perkhidmatan pendidikan kesihatan kepada pesakit dan Orang Awam khususnya bagi program “NPC Awareness”. Perkhidmatan Kaunseling kepada pesakit dan ahli keluarga.
Perkhidmatan yang disediakan:
- Rawatan Kecemasan (Sepanjang masa - 24 jam)
- Klinik Rawatan Pakar.(Selasa,Rabu & Jumaat)
i. Kes Baru .
ii. Klinik Endoscopy dan Stroboscopy .
iii. Klinik Head and Neck dan Oncologi.
iv. Klinik Rinologi
v. Klinik Otologi dan Minor Surgery /FNAC.
- Rawatan Pesakit Dalam (Wad)
- Jenis-jenis rawatan Pesakit Dalam-merangkumi kes-kes sebelum dan selepas pembedahan.
- Rawatan Onkologi.
- Rawatan Pembedahan Otorinolaringologi dan Pembedahan "head and neck"
- Isnin, Khamis.
Masa rawatan Klinik Rawatan Pakar ialah daripada 8 pagi - 4.30 petang.