Pengenalan
SEKSYEN KEWANGAN,PEROLEHAN & ASET
PENGENALAN
• Seksyen Kewangan adalah salah satu daripada 11 Seksyen dalam Bahagian Pengurusan, Hospital Pulau Pinang (HPP) yang bertanggungjawab dalam menguruskan semua hal ehwal kewangan HPP.
• Objektif utama Seksyen Kewangan ialah untuk memastikan semua tatacara dan prosedur kewangan yang berkuatkuasa sentiasa dipatuhi dalam semua operasi yang melibatkan kewangan.
• Seksyen ini terdiri daripada dua unit utama iaitu Unit Akaun dan Unit Hasil yang diketuai oleh Akauntan, Gred W44 dan dianggotai oleh 58 orang anggota. Anggota-anggota tersebut adalah terdiri daripada seorang Akauntan, Gred W41, dua (2) orang Penolong Akauntan, Gred W36, seorang Penolong Akauntan, Gred W32, dua (2) Pembantu Tadbir (Kewangan), Gred W26, seorang Pembantu Tadbir (Kewangan), Gred W22, 35 orang Pembantu Tadbir (Kewangan), Gred W17, 13 orang Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Gred N17, tiga (3) orang Pembantu Operasi, Gred N11 dan seorang Pembantu Perawatan Kesihatan, Gred U11.
Perkhidmatan
PERKHIDMATAN UTAMA
• Perkhidmatan utama yang dilaksanakan oleh Unit Akaun, Seksyen Kewangan adalah seperti berikut:
- Mengurus dan mengawal peruntukan perbelanjaan jabatan;
- Mengurus dan mengendali pembayaran melalui sistem eSPKB ;
- Mengurus hal ehwal pembelian terus melalui sistem eSPKB dan ePerolehan;
- Menyelaras hal ehwal gaji anggota HPP;
- Memantau pengurusan Akaun Amanah dan Akaun Deposit Jabatan;
- Menyelia pengurusan permohonan kakitangan jabatan seperti permohonan urusan KWSP, Cukai Pendapatan, Pinjaman Perumahan, Pinjaman Komputer dan Pinjaman Kenderaan; dan
- Menyelia pengurusan kontrak atau perjanjian jabatan.