Pengenalan
UNIT KEJURUTERAAN
PENGENALAN
Unit Kejuruteraan Hospital Pulau Pinang diwujudkan di bawah Pejabat Pengrah Hospital Pulau Pinang yang berperanan untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab mengawal selia pelaksanaan Perkhidmatan Sokongan Hospital oleh Syarikat Konsesi (Edgenta Mediserve Sdn Bhd). Disamping itu, Unit Kejuruteraan juga akan merancang, merangka dan mengawalselia aktiviti di bawah perkhidmatan operasi, teknikal, pengurusan projek dan pengurusan fasiliti Aset Tak Alih bagi memastikan pelaksanaan penyelenggaraan dan pengoperasian bangunan, sistem kejuruteraan dan aset-aset milik hospital dilaksanakan dengan berkesan.
VISI
Bekerjasama erat dengan Syarikat Konsesi dan Perunding Hospital dalam merangka dan memantau pengoperasian Hospital beserta aset-asetnya berada pada tahap yang optimum dalam memberi khidmat yang baik dan berkesan kepada masyarakat amnya dan pesakit umumnya.
MISI
Unit Kejuruteraan akan memastikan perkhidmatan yang disediakan oleh Syarikat Pemegang Konsesi adalah berkualiti dengan:
- Memantau dan menyelaras perkhidmatan fasiliti Hospital, kondisi peralatan perubatan dan bukan perubatan, kebersihan, linen dan pelupusan sisa perubatan diurus dengan berkesan.
- Memantau semua aduan yang dibuat oleh pengguna diambil tindakan mengikut tempoh waktu tertentu.
- Memastikan peruntukan yang dibelanjakan Kerajaan kepada Syarikat Konsesi adalah optimum dan berhemah.
Perkhidmatan
- Mengadakan 'Joint Inspection' bersama kakitangan Hospital.
- Mengeluarkan 'Non Conformance Record - NCR' kepada syarikat konsesi.
- Memberi khidmat nasihat kepada Pengarah Hospital dalam hal-hal teknikal di samping menyokong kumpulan perubatan dan pengurusan dari aspek kejuruteraan.
- Bertanggungjawab untuk menyediakan spesifikasi teknikal untuk projek-projek pembangunan