Pengenalan
JABATAN REKOD PERUBATAN
PENGENALAN
Jabatan Rekod Perubatan Hospital Pulau Pinang adalah bertanggungjawab untuk mengurus perkara-perkara berkaitan dengan perkhidmatan Rekod Perubatan dengan mematuhi garis panduan dan prosedur yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi membantu pihak Hospital memberi perkhidmatan rawatan perubatan yang cekap dan berkesan.
Jabatan Rekod Perubatan Hospital Pulau Pinang terletak di Aras tiga berhadapan dengan Bahagian Pentadbiran Hospital dan Pejabat Pengarah.
VISI
Jabatan Rekod Perubatan, Hospital Pulau Pinang akan wujud sebagai satu jabatan yang cemerlang dalam setiap aspek perkhidmatan dan penjagaan kesihatan yang terdiri dari wilayah utara Semenanjung Malaysia.
MISI
Jabatan Rekod Perubatan, Hospital Pulau Pinang akan Menyediakan pengurusan Rekod Perubatan Pesakit yang efisien, tepat, dan selamat bagi menyokong perkhidmatan rawatan kuratif, diagnostik, dan pemulihan Hospital Pulau Pinang, sambil memperkasa latihan dan penyelidikan dalam bidang pengurusan maklumat kesihatan serta menerapkan nilai-nilai budaya korporat dalam kalangan setiap anggota JRP.
OBJEKTIF AM
Memastikan perkhidmatan yang merangkumi pengurusan Rekod Perubatan Pesakit, penyediaan Laporan Perubatan, pengurusan statistik hospital, dan pengurusan Persidangan Lembaga Perubatan adalah efisien, berkualiti dan sistematik.
Memastikan Rekod Perubatan Pesakit sentiasa ada bila diperlukan dan diselenggara, disimpan, dikeluarkan, serta dilupuskan dengan sempurna dan selamat serta maklumat yang terkandung di dalamnya adalah selamat dan terjamin kerahsiaannya.
OBJEKTIF KHUSUS
1. Memastikan sekurang-kurangnya 85% permohonan Laporan Perubatan disiapkan dalam tempoh 28 hari bekerja.
2. Memastikan sekurang-kurangnya 95% Rekod Perubatan Pesakit yang telah discaj daripada wad dihantar ke jabatan ini dalam tempoh 72 jam (3 hari bekerja) selepas pesakit discaj.
3. Memastikan 100% reten pesakit luar dihantar ke Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang sebelum atau pada 15hb bulan berikutnya.
