Pengenalan
JABATAN PEMBEDAHAN KARDIOTORASIK
PENGENALAN
Jabatan Pembedahan Kardiotorasik telah memulakan perkhidmatannya pada penghujung tahun 1994. Kini, jabatan ini telah berperanan sebagai pusat rujukan utama bagi negeri-negeri utara di semenanjung Malaysia. Jabatan ini juga merupakan pusat rujukan bagi kes-kes kompleks dari Kelantan, Sabah dan Sarawak. Jabatan juga menyediakan perkhidmatan pesakit luar, pesakit dalam bagi tujuan pembedahan dan rawatan selepas pembedahan yang melibatkan Klinik perundingan, Wad rawatan, Dewan Bedah dan Unit Rawatan Rapi Kardiotorasik (CICU) yang meliputi pesakit dewasa dan kanak-kanak (PHDU/PCICU) serta Unit Rawatan Kebergantungan Tinggi (HDA).
VISI
Hospital Pulau Pinang akan wujud sebagai sebuah institusi perubatan yang cemerlang dalam setiap aspek perkhidmatan dan penjagaan kesihatan tertiari di Wilayah Utara.
MISI
Hospital Pulau Pinang akan menyediakan perkhidmatan rawatan kuratif, diagnostik dan pemulihan yang efisien, berkesan dan berkualiti dengan menitikberatkan aspek latihan, penyelidikan dan pembangunan serta memastikan nilai-nilai budaya korporat diterapkan pada setiap lapisan anggota kesihatannya.
OBJEKTIF
Melakukan prosedur pembedahan jantung dengan jayanya melalui pemantauan kadar kematian selepas pembedahan jantung setiap bulan.Mengelakkan komplikasi selepas pembedahan. Memastikan pesakit yang setuju untuk pembedahan mendapat rawatan yg wajar dengan memantau peratusan pesakit dalam tempoh 9 bulan selepas persetujuan pembedahan dicapai (untuk kes CABG).
Perkhidmatan
SKOP PERKHIDMATAN
Jabatan Pembedahan Kardiotorasik menyediakan perkhidmatan pembedahan jantung dan paru-paru bagi elektif dan kecemasan secara 24 jam seperti berikut:
1. Pembedahan Jantung Terbuka (Sternotomy)
- Dewasa (adult open heart) seperti pembedahan Coronary Artery Bypass Graft (CABG), OffPump CABG, Mitral Valve Repair/Replacement, Aortic Valve Replacement, Pulmonary Valve Repair, Tricuspid Valve Repair/Annuloplasty, Left Atrial Appendage Plication (LAA) dan Left Atrial Myxoma Excision dan lain-lain.
- Pediatrik / Neonatal Terbuka seperti Atrial Septal Defect (ASD) Closure, Ventricular Septal Defect (VSD) Closure dan Tetralogy of Fallot (TOF) Repair dan lain-lain.
- Pediatrik / Neonatal Tertutup (Close Heart) seperti Blalock-Taussing (BT) Shunt dan Patent Ductus Arteriosus (PDA) Ligation dan lain-lain.
2. Minimally Invasive Surgery (MIS)
- MIS CABG / MVR / ASD Closure / VSD Closure dan lain-lain.
3. Pembedahan Jantung Terbuka Kompleks (Emergency)
- Aortic Aneurysm seperti Frozen Elephant Trunk (FET), Thoracic Endovascular Aortic Repair (TEVAR), Bentall Procedure, Aortic Aneurysm Repair dan Pulmonary Embolism (PE).
4. Pembedahan Jantung Tertutup Kompleks (Elektif)
- Aortic Aneurysm seperti Frozen Elephant Trunk (FET), Thoracic Endovascular Aortic Repair (TEVAR) dan Transcatheter Aortic Valve Implantation (TAVI)
5. Pembedahan Paru-Paru/Torasik Elektif(Thoracotomy)
- Thymectomy, Chamberlain, Decortication, Incisional Biopsy, Removal IJC, Mediasternum Mass, Lung CA, Open Pericardial Window dan lain-lain
6. Pembedahan Paru-Paru/Torasik Emergency (Thoracotomy)
- Chest Blunt / Open Trauma seperti Gun Shoot / Stab / MVA / Fall / Impact
7. Pembedahan Paru-Paru/Torasik (Minimally Invasive Keyhole / Video-Assisted Thoracoscopic Surgery @ VATS)
- Decortication, Bullectomy, Pleurodesis, Haemothorax, Sympathectomy, Evacuation Of Clot/Haemostasis dan lain-lain.
Perkhidmatan jabatan ini juga meliputi konsultansi klinik pakar, rawatan pesakit dalam, rawatan rapi jantung dan dewan bedah pembedahan jantung yang merangkumi pesakit dewasa dan kanak-kanak / neonatal.
LOKASI
Klinik - Bertempat di Tingkat 1 Blok A. Menempatkan Pejabat Operasi Jabatan, Bilik Mesyuarat dan Seminar Jabatan serta Bilik Konsultansi bagi rawatan pesakit luar pembedahan kardiotorasik Hospital Pulau Pinang.
Wad - Bertempat di Tingkat 1 Blok A bersebelahan Klinik Kardiotorasik dan digunakan untuk merawat kes-kes pesakit dalam sebelum pembedahan dan selepas pembedahan jantung dan torasik. HDA Wad A1 mempunyai 2 katil.
Dewan Bedah - Bertempat di Tingkat 1 Blok B dan berhubungan laluan ke Blok A.
CICU - Bertempat di Tingkat 1 Blok B bersebelahan Kompleks Dewan Bedah dan berhubungan laluan ke Blok A.
PHDU / PCICU - Bertempat di Blok C aras bawah dan bersebelahan Blok B.
Waktu Operasi
Jadual Operasi Klinik
|
HARI |
MASA |
KES |
|
ISNIN |
8.00am-12.00pm 2.00pm-4.00pm |
Kes Baru & Susulan Jantung Paediatrik & Torasik Klinik Cucian Luka |
|
SELASA |
8.00am-12.00pm 2.00pm-4.00pm |
Pra-Pembedahan & Klinik Warfarin Klinik Cucian Luka |
|
RABU |
8.00am-12.00pm 2.00pm-4.00pm |
Klinik Lawatan Pertama Selepas Pembedahan Jantung Klinik Kes Susulan Jantung Dewasa Klinik Cucian Luka |
|
KHAMIS |
8.00am-12.00pm 2.00pm-4.00pm |
Kes Baru Jantung Dewasa Klinik Cucian Luka |
|
JUMAAT |
8.00am-11.30am 2.45pm-4.00pm |
Pemeriksaan Luka Selepas Pembedahan Klinik Warfarin Klinik Cucian Luka |
Jadual Pembedahan Elektif
|
HARI |
MASA |
DEWAN BEDAH 7 & 8 |
|
ISNIN |
8.00am-5.00pm |
Pembedahan Jantung Terbuka / Tertutup Torasik Terbuka / VATS Wound Debridement |
|
SELASA |
8.00am-5.00pm |
Pembedahan Jantung Terbuka / Tertutup Torasik Terbuka / VATS Wound Debridement |
|
RABU |
8.00am-5.00pm |
Pembedahan Jantung Terbuka / Tertutup Torasik Terbuka / VATS Wound Debridement |
|
KHAMIS |
8.00am-5.00pm |
Pembedahan Jantung Terbuka / Tertutup Torasik Terbuka / VATS Wound Debridement |
|
JUMAAT |
8.00am-5.00pm |
Pembedahan Jantung Terbuka / Tertutup Torasik Terbuka / VATS Wound Debridement |
Jadual Pembedahan Kecemasan
|
HARI |
MASA |
DEWAN BEDAH 7 & 8 |
|
ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT |
5.00pm-8.00am |
Pembedahan Jantung Terbuka / Tertutup Torasik Terbuka / VATS Wound Debridement |
|
SABTU AHAD CUTI AM / UMUM |
24 jam |
Pembedahan Jantung Terbuka / Tertutup Torasik Terbuka |